Permohonan PPES 2.0 : Bantuan Geran Mesin, Peralatan Atau Infastruktur

Permohonan PPES 2.0 . Program ini dilaksankan bagi meneruskan kesinambungan kepada pelaksanaan Program Pembangunan Ekonomi Setempat 1.0 (PPES 1.0) pada tahun 2021.

Menerusi PPES 2.0, koperasi, persatuan atau pertubuhan berdaftar boleh memohon bantuan geran mesin, peralatan, atau infrastruktur sehingga RM15,000.

Tarikh Permohonan

Bagi yang berminat boleh membuat permohonan program ini pada :

Di buka : 9 Mac 2022

Di tutup : 15 Mac 2022 ( 12.00 tengah malam )

Permohonan PPES 2.0

Skop Bantuan

Skop bantuan geran yang ditawarkan adalah bernilai sehingga RM15,000 sahaja.

Geran tersebut juga merangkumi kos menaiktaraf infrastruktur, pembelian mesin dan peralatan yang berkaitan dengan projek.

Syarat Permohonan PPES 2.0

Syarat permohonan bagi pemohon yang ingin memohon bantuan ini adalah seperti berikut :

  1. Penduduk tetap Negeri Johor atau bermastautin di Negeri Johor sekurang-kurangnya 5 tahun.
  2. Permohonan terbuka kepada Koperasi, persatuan atau pertubuhan yang berdaftar (NGO) dan telah berdaftar dibawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS), Pendaftaran Pertubuhan Belia (ROY), Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Pejabat Daerah di Negeri Johor.
  3. Permohonan terbuka kepada semua jenis projek / perniagaan yang patuh syariah dengan menyediakan kertas kerja projek untuk dimuatnaik ketika permohonan dibuat.
  4. Ketika permohonan dibuat, projek telah dijalankan dan berpotensi untuk berdaya maju.
  5. Projek yang diusahakan perlu beroperasi di dalam Negeri Johor sahaja dan mampu menyediakan peluang pekerjaan dan manfaat kepada masyarakat setempat.
  6. Permohonan yang dibuat menerusi koperasi, persatuan atau NGO perlu mempunyai kewangan yang kukuh serta kapasiti, keupayaan, kemahiran dan kepakaran yang diperlukan untuk melaksanakan projek berkaitan.
  7. Keutamaan permohonan kepada yang belum pernah menerima mana-mana bantuan dari Kerajaan Negeri Johor atau Persekutuan dalam tempoh 2 tahun sebelum permohonan ini dibuat.

Cara Memohon Permohonan PPES 2.0

Bagi pemohon yang berminat , boleh membuat permohonan PPES 2.0 dengan mengikuti langkah-langkah yang dikongsikan seperti berikut :

  1. Layari laman web rasmi = https://padu.pujb.my/
  2. Klik butang ‘Daftar Sistem Padu’ dan Klik ‘Daftar Akaun Baharu’.
  3. Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Daftar Akaun Baharu’.
  4. Log masuk dengan memasukkan email dan kata laluan.
  5. Selepas berjaya log masuk, buat permohonan seterusnya dan hantar.

Pertanyaan Lanjut

Sebarang masalah atau pertanyaan bagi permohonan menerusi Sistem PADU , sila hantar whatsapp ke 011-2075 5135 atau email ke [email protected]

Soalan Lazim

Bilakah tarikh tutup perhonan ini ?

15 Mac 2022 ( 12 tengah malam pada hari selasa).

Berapakah jumlah nilai bantuan tersebut ?

Jumlah bantuan sehingga RM15,000.

Leave a Comment