Permohonan PPALS 2022 : Program Pengajian Asnaf Lepasan SPM

Permohonan PPALS 2022. PPALS merupakan program utama bagi Unit Tajaan Pendidikan MAIK yang melibatkan pembiayaan dan penajaan pelajar-pelajar asnaf bagi negeri Kelantan yang melanjutkan pengajian ke IPT yang terpilih sejak tahun 2012.

Dengan itu, Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) kini mengalu-alukan pelajar-pelajar asnaf yang melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) untuk memohon Program Pengajian Asnaf Lepasan SPM (PPALS).

Untuk makluman, program ini terbahagi kepada 2 program iaitu :

  1. Program Biasiswa Perintis Luar Negara (BPLN) MAIK.
  2. Program Biasiswa Professional Perakaunan (BPP) MAIK.
Permohonan PPALS 2022

Apa Itu Program BPLN MAIK ?

BPLN MAIK ialah program penajaan kepada pelajar asnaf di Negeri Kelantan bagi mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Pertama di United Kingdom.

Menerusi penajaan ini, pelajar akan ditaja untuk mengikuti program persediaan (A-Level) Sebelum melanjutkan pengajian di peringakat Ijazah Pertama di negara berkenaan.

Apa Itu Program BPP MAIK ?

BPP MAIK merupakan program biasiswa tajaan dalam membantu asnaf di Negeri Kelantan yang berkelayakan dalam memperoleh pendidikan professional untuk mereka gunakan dalam mencari pekerjaan dan keluar daripada kelompok kemiskinan.

Objekti lain bagi program ini adalah membantu meningkatkan bilangan professional di dalam bidang perakaunan daripada kalangan bangsa Melayu dan terutamanya dari Negeri Kelantan.

Syarat Umum Permohonan PPALS 2022

Syarat umum bagi permohonan program ini adalah seperti berikut :

i.) BPLN MAIK

  1. Pemohon merupakan Warganegara Malaysia.
  2. Lahir dan menetap di Negeri Kelantan.
  3. Terdiri daripada asnaf yang layak menerima zakat.
  4. Melapas had kifayah yang ditetapkan oleh MAIK.
  5. Tidak mendapat tajaan atau bantuan kewangan daripada badan penaja yang lain.
  6. Mempunyai kesihatan yang baik.
  7. Mendapat sekurang-kurangnya SPM 9A ke atas.
See also  Contoh Karangan Sukan Dan Rekreasi

ii.) BPP MAIK

  1. Pemohon merupakan Warganegara Malaysia.
  2. Lahir dan menetap di Negeri Kelantan.
  3. Terdiri daripada asnaf yang layak menerima zakat.
  4. Melepas had kifayah yang ditetapkan oleh MAIK.
  5. Tiak mendapat tajaan atau bantuan kewangan daripada badan-badan penaja yang lain.
  6. Berumur tidak melebihi 25 tahun pada tarikh permohonan.

Syarat Khusus Permohonan PPALS 2022

Bagi syarat khusus permohonan program ini pula, pemohon yang ingin memohon BPLN MAIK perlu memenuhi syarat khusus yang telah ditetapkan iaitu mengikuti pengajian A-Level selama 2 tahun dan bagi Ijazah Luar Negara, syarat khusus adalah berdasarkan bidang dan surat tawaran.

Untuk permohonan BPP MAIK pula, syarat khusu yang telah ditetapkan adalah seperti berikut :

  1. Lulus Certified Accounting Technician (CAT)/ACCA Foundation in Accountacy (ACCA FIA) atau lulus Ijazah Sarjana Muda dalam bidang perakaunan dengan minimum PNGK 3.00.
  2. Maksimum pengajian terhad kepada 4 tahun sahaja.
  3. Denda akan dikenakan ke atas peljar sekiranyadidapati gagal menepati syarat yang ditetapkan oleh MAIK.

Cara Mohon Permohonan PPALS 2022

Cara Mohon Permohonan PPALS 2022, pemohon boleh membuat permohon dengan mengikuti langkah-langkah dibawah :

  1. Layari portal permohonan disini = https://eagihan.e-maik.my/
  2. Pilih jenis bantuan dan isi no kad pengenalan dengan lengkap dan betul.
  3. Klik butang “Semak Kelayakan”.
  4. Isi jumlah pendapatan ibu dan bapa pemohon dan klik butang “Semak”.
  5. Lengkapkan maklumat permohonan yang diperlukan.
  6. Ikuti arahan dan muat naik dokumen yang diperlukan.
  7. Semak dan hantar permohonan tersebut.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai Permohonan PPALS 2022, sila layai laman web rami MAIK = https://www.e-maik.my/v2/

Soalan Lazim

Apa itu BPLN MAIK ?

BPLN MAIK ialah satu program penajaan kepada pelajar asnaf di Negeri Kelantan bagi mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Pertama di United Kingdom. Pelajar juga akan ditaja untuk menikuti program persediaan (A-Level) sebelum melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Pertama di negera berkenaan.

Leave a Comment