Permohonan MySTEP 2022 : Peluang Pekerjaan Jangka Pendek

Permohonan MySTEP 2022 . MySTEP merupakan inisiatif Kerajaan yang mensasarkan 50,000 peluang pekerjaan jangka pendek (Kontrak) di pelbagai Kementerian dan agensi kerajaan serta 30,000 peluang pekerjaan di Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) seperti yang telah dibentangkan dalam Belanjawan 2022.

Program ini juga adalah bagi membantu mereka untuk memulikan kehidupan dan mata pencarian rakyat yang masih terjejas akibat pendemik Covid-19.

Permohonan MySTEP 2022

Tempoh Perkhidmatan

Tempoh bagi perkhidmatan mereka yang menyertai MySTEP adalah :

  • Minimum 1 bulan dan maksimum 12 bulan.
  • Tempoh kuat kuasa kontrak tidak melangkau 30 Jun 2023.

Kadar Gaji

Kadar gaji yang ditawarkan dalam program ini adalah :

PeringkatKadar Gaji Sektor AwamKadar Gaji GLC / Rakan Strategik Saranan Kadar Minimum
Ijazah Sarjana Muda setaraf dan ke atasRM2,000RM2,000
Setaraf Diploma / Sijil Tinggi Pelajaran MalaysiaRM1,800RM1,800
Setaf Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)RM1,600RM1,600
Tiada Sijil Pelajaran MalaysiaRM1,400

Cara Memohon Permohonan MySTEP 2022

Sila ikuti langkah-langkah berikut bagi membuat permohonan MySTEP 2022 :

  1. Layari laman web rasmi = https://mystep.mof.gov.my/
  2. Klik bahagian ‘Permohonan’.
  3. Isi maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan betul.
  4. Muat naik CV.
  5. Tandakan pada kotak setuju terma dan syarat.
  6. Klik pada kotak ‘Hantar’.

Syarat Bagi Permohonan MySTEP 2022

Syarat yang ditetapkan untuk memohon program ini adalah seperti berikut :

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Berumur 18 tahun keatas.
  3. Lepasan Sekolah / SPM / Lulusan Diploma / Lulusan Ijazah Sarjana Muda dan ke atas (bagi sektor awam).
  4. Lepas SPM / Lulusan Diploma / Lulusan Ijazah Sarjana Muda dan ke atas (Bagi GLC dan rakan strategik).
  5. Bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), pelantikan adalah tertakluk kepada Kementerian / GLC / rakan strategik masing-masing.
See also  Cara Tepat Mengukur Ukuran Jari Untuk Membeli Cincin

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut menegani program ini, anda boleh layari laman web = https://mystep.mof.gov.my/

Soalan Lazim

Berapakah Had umur untuk layak memohon ?

Berumur 18 tahun ke atas

Berapa lamakah tempoh perkhidmatan ?

1. Minimum 1 bulan dan maksimum 12 bulan .
2. Tempoh kuat kuasa kontrak tidak melangkau 30 Jun 2023.

Leave a Comment