Permohonan HPIPT 2020: Hadiah Pengajian IPT Selangor Online

Setiap tahun, permohonan HPIPT Selangor akan dibuka kepada rakyat Selangor.

Hadiah Penagajian IPT Selangor merupakan bantuan berbentuk kewangan yang diberikan kepada rakyat Selangor yang memasuki Pusat Penagajian Tinggi Awam/Swasta.

permohonan hpipt 2020

Bantuan sebanyak RM1000 diberikan kepada mereka yang layak.

Bantuan ini bertujuan mengurangkan beban pelajar yang menyambung pelajaran ke peringkat tinggi.

Syarat Kelayakan HPIPT 2020

Sebelum anda membuat permohonan, ketahui dahulu syarat kelayakan yang perlu dipenuhi:

  • Warganegara Malaysia dan lahir di Selangor. Ataupun telah lebih 11 tahun bermastautin di Selangor.
  • Ditawarkan pengajian sepenuh masa di IPTA/IPTS dalam negara.
  • Juga bagi diploma dan sijil kemahiran tahap 4 sahaja.
  • Hanya dibuka bagi pelajar tahun pertama sahaja.
  • Pernah menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
  • Pendapatan isi rumah keluarga di bawah RM5000

Jika anda menepati syarat-syarat ini, teruskan untuk membuat permohonan.

Permohonan HPIPT 2020 Online

Untuk membuat permohonan, isi dahulu borang daftar permohonan online di sini: http://ehpipt.selangor.gov.my/hpipt/register

Selepas anda selesai mengisi borang, bolehlah teruskan dengan log masuk pada pautan ini: http://ehpipt.selangor.gov.my/hpipt/login

Tarikh tutup permohonan adalah pada 4 september 2020

Soalan lazim

Leave a Comment