Permohonan HLP Sesi 2023 : Program Penajaan Hadiah Latihan Persekutuan

Permohonan HLP Sesi 2023. Untuk makluman, HLP ialah satu program penajaan dan cuti bergaji penuh kepada pegawai-pegawai kerajaan dari Kumpulan Pengurusan dan Profesional bagi mengikuti pengajian ijazah lanjutan secara sepenuh masa sama ada Sarjana atau PhD di IPT dalam dan luar negara.

Untuk melayakkan pegawai mendapatkan penajaan ini, mereka perlu mempunyai kelayakan Ijazah Pertama yang di iktiraf atau kelayakan yang setaraf dengannya.

Tarikh Permohonan

Bagi mereka yang berminat untuk membuat permohonan ,tarikh permohonan HLP sesi 2023 akan bermula pada 11 April 2022 sehingga 20 Mei 2022 secara atas talian (online).

Permohonan HLP Sesi 2023

Peringkat Pengajian

Terdapat 2 peringkat pengajian ditawarkan bagi HLP Sesi 2023 ini, iaitu :

  • PhD : Untuk universiti luar dan dalam negara.
  • Sarjana : Untuk universiti luar dan dalam negara.

Institusi Pengajian

Institusi pengajian yang layak untuk memohon penajaan ini adalah seperti berikut :

i.) Luar Negara

  1. Senarai Type A dan Type B di dalam Top Global Universities (The Top Global University Project) bagi pengajian di Jepun.
  2. Senarai kedudukan 100 teratas secara keseluruhan dalam The Times Higher Education (THE) World University Rankings
  3. Senarai kedudukan 100 teratas secara dalam Quacquarelli Symonds (QS) World University Rankings.

ii.) Dalam Negara

Universiti Awam (UA) dan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang layak sahaja.

Syarat Umum

Syarat umum yang ditetapkan bagi Permohonan HLP Sesi 2023 ini adalah :

  1. Pegawai-pegawai hendaklaj mempunyai pengetahuan, kemahiran, pengalaman minat dan perwatakan / sikap yang sesuai bagi menetukan kejayaan dalam pengajian dan seterusnya berupaya memberi sumbangan ke arah meningkatkan keberkesanan perkhidmatan dan organisasi.
  2. Pengawai tersebut perlu mempunyai kelayakan Ijazah Pertama yang diiktiraf atau kelayakan yang setaraf dengannya.
See also  STR 4 : Jumlah Pembayaran Dan Semakan Status

Syarat Khusus

Bagi syarat khusus Permohonan HLP Sesi 2023 pula yang telah ditetapkan adalah :

  1. Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusandan Profesional lantikan tetap Perkhidmatan Awam Persekutuan.
  2. Pegawai telah disahkan dalam skim perkhidmatan terkini pada 1 Januari 2022.
  3. Pegawai telah mencapai purata markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan 85% ke atas bagi tempoh 3 tahun berturut-turut. Penilaian setahun LNPT hendaklah genap 12 bulan.
  4. Pegawai mestilah berumur tidak melebihi 45 tahu bagi pengajian di PhD dan tidak melebihi 50 tahun bagi pengajian Ijazah Sarjana.
  5. Tempoh perkhidmatan minimum :
    – Ijazah Sarjana : 8 tahun ke atas
    – Ijazah Kedoktoran : 9 tahun ke atas
  6. Pegawai yang mematuhi syarat genap tempoh tamat kursus :
    – Lebih daripada 12 bulan : 2 tahun
    – Lebih daripada 3 bulan dan kurang daripada 12 bulan
  7. Permohonan disokong oleh Ketua Jabatan dan diperakui oleh Ketua Perkhidmatan/Pegawai Pengawal melalui Panel Pembangunan Sumber Manusia.
  8. Pengawai telah memohon pengajian di peringkat yang lebih tinggi daripada kelayakan akademik semasa dimilki oleh pegawai.
  9. Pegawai bersih dari sebarang pertuduhan
  10. Pegawai telah mengistiyarkan harta dalam tempoh 5 tahun terkini
  11. Pegawai tidak tersenaraidalam senarai hitam
  12. Pegawai bebas daripada sebarang penyakit.
  13. Pegawai tidak mendapat mana-mana institusi pengajian tinggi sama ada di luar negara atau dalam negara.
  14. Pegawai bagi calon Ijazah Kedoktoran sahaja telah memulakan pengajian pada tahun penawaran dibuka dengan syarat pemohon perlu memohon penangguhan pengajian dari universiti bagi mengikuti Kursus PhD yang ditetapkan.
  15. Pemohon Program HLP JPA di peringkat Ijazah Sarjana untuk bidang pengajian Ekonomi, Undang-undang, Seni Bina, Kaunseling dan Psikologi hendaklah mempunyai latar belakang akademik di peringkat Ijazah pertama dalam bidang tersebut.
  16. pegawai hanya dibenarkan memohon pengajian di peringkat Ijazah Sarjana yang menawarkan pengajian tanpa perlu mengikuti kurusus pra syarat.
  17. pegawai menyediakan Kertas Cadangan Penyelidikan / Pengajian ( dalam bahasa Melayu atau Bahasa Inggeri) mengikut garis panduan berdasarkan pilihan bidang pengajian yang ditaja.
See also  Semakan Keputusan UPKK 2023

Cara Mohon Permohonan HLP Sesi 2023

Cara mohon bagi Permohonan HLP Sesi 2023 ini, boleh ikuti langkah-langkah tersebut :

  1. Layari laman web di pautan ini = https://epermohonanhlp.jpa.gov.my/login
  2. Klik di bahagian “Daftar” bagi pendaftaran kali Pertama.
  3. Masukkan maklumat dengan lengkap dan klik “Daftar Akaun Pengguna”.
  4. Login dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan.
  5. Masukkan semua maklumat yang diperlukan.
  6. Hantar permohonan sebelum tarikh tutup permohonan.

Maklumat Lanjut

Untuk pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai Permohonan HLP Sesi 2023, pemohon boleh hubungi Unit Pengurusan Penawaran Latihan Dalam Perkhidmatan, Bahagian Pembangunan Modal Insan, JPA di talian 03-8885 3053/3571 atau email ke [email protected]

Leave a Comment