Semakan GKP 2.0 : Permohonan Geran Khas Prihatin 2020

Geran Khas Prihatin (GKP) adalah bantuan kepada pemilik perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

GKP 2.0 tahun 2020 akan memberikan bantuan kewangan kepada pemilik PKS yang layak menerima mengikut syarat-syarat yang ditetapkan.

Bantuan sebanyak RM3000 secara one-off diberikan kepada pemilik PKS.

Semakan GKP 2.0 boleh mula dibuat bermula 27 November 2020. Manakala, pembayaran akan mula dibuat pada 30 November 2020.

Syarat Kelayakan GKP 2.0

Antara syarat kelayakan untuk memohon GKP 2.0 adalah;

  • Warganegara Malaysia
  • Bukan penerima GKP sebelum ini.
  • Berdaftar dengan LHDn atau Pihak berkuasa Tempatan (PBT.)
  • Masih aktif menjalankan perniagaan semasa permohonan dibuat.

Semakan Keputusan Geran Khas Prihatin 2.0

Anda boleh membuat semakan keputusan GKP 2.0 anda dengan cara berikut:

  1. Layari https://gkp.hasil.gov.my/Account/Login.aspx
  2. Masukkan no kad pengenalan yang digunakan semasa pendaftaran.
  3. Masukkan password anda
  4. Dan klik semak

Cara Permohonan Geran Khas Prihatin 2.0

Permohonan boleh dibuat dengan melayari: https://gkp.hasil.gov.my

Masukkan no kad pengenalan.

gkp mohon

Selepas masukkan no kad pengenalan, jika anda tidak pernah memohon sebelum ini, butang link permohonan akan diberikan sepetti gambar di bawah.

mohon baru

Selemat membuat permohonan GKP online.

Soalan Lazim GKP 2.0

Bilakah tempoh permohonan GKP 2.0?

Bermula 1 Oktober 2020 hingga 31 Oktober 2020.

Bilakah keputusan permohonan akan diketahui?

Keputusan GKP 2.0 boleh mula disemak pada27 November 2020.

Saya pernah menrima GKP sebelum ni. Boleh mohon lagi sekali tak?

Tidak.

Berapa jumlah bayaran GKP 2.0?

RM3000 secara one-off.

Leave a Comment