Permohonan Geran Bantuan Banjir Keluarga Malaysia – Untuk Peniaga Informal Dan Mikro

Azri

Permohonan Geran Bantuan Banjir Keluarga Malaysia . Berita baik kepada mereka yang terjejas dan layak untuk menerima, Geran Bantuan Banjir Malaysia TEKUN Nasional kini dibuka untuk permohonan.

Bantuan geran RM3,000 yang diberikan kepada peniaga informal dan mikro adalah mereka yang terkesan akibat banjir pada tahun 2021 dan awal bulan tahun 2022, bantuan ini adalah untuk memulihkan perniagaan an memastikan perniagaan mereka beroperasi semula.

Syarat Kelayakan Permohonan Geran Bantuan Banjir Keluarga Malaysia

Antara syarat kelayakan yang perlu dipenuhi pemohon adalah :

  1. Pemohon mestilah peniaga informal dan mikro yang terjejas dengan banjir.
  2. Berumur 18 tahun ke tas.
  3. Terbuka kepada warganegara Malaysia tanpa mengira kaum.
  4. Premis peniagaan (termasuk menjalankan perniagaan dari rumah) yang terlibat dengan banjir pada Disember 2021 dan Januari 2022.
  5. Premis perniagaan yang terputus hubunga tetapi tidak terlibat dengan banjir adalah tidak layak.
  6. Usahawan TEKUN dan AIM tidak perlu mengisi borang permohonan.

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang diperlukan untuk memohon bantuan geran ini adalah :

  • Salinan Kad Pengenalan individu
  • Salinan Penyata bank individu
  • Salah satu daripada laporan seperti beriku :
    1. Laporan Polis
    2. Bomba
    3. NADMA
    4. Agensi MEDAC
    5. Pemimpin Tempatan
    6. Penghulu
    7. Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK)
    8. Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP)
    9. Ketua Kaum (Sabah & Sarawak)
    10. Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil / Dewan Perniagaan
See also  Cara-Cara Daftar Maybank2u Dengan Mudah

Cara Permohonan Geran Bantuan Banjir Keluarga Malaysia

Permohonan Geran Bantuan Banjir Keluarga Malaysia boleh dibuat menerusi :

  1. Secara dalam talian, anda boleh terus layari laman web rasmi = https://tinyurl.com/geranbbkm
  2. Melalui Pejabat Cawangan TEKUN yang berhampiran di seluruh negara.
  3. Menerusi agensi MEDAC / AIM / Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil.
Permohonan Geran Bantuan Banjir Keluarga Malaysia

Proses Kelulusan Permohonan

Proses kelulusan permohonan geran ini adalah selama 7 hari selepas menerima permohonan lengkap.

Geran ini juga akan diberikan secara terus kepada akaun bank pemohon yang diberikan semasa permohonan atau menerusi kaedah pengeluaran cek.

Maklumat Lanjut

  1. Untuk maklumat lanjut permohona anda boleh terus ke pautan = https://tinyurl.com/geranbbkm
  2. Atau, kunjungi cawangan TEKUN di = https://www.tekun.gov.my/en/contact-us/state-offices-2/

Soalan Lazim

Siapakah yang layak untuk memohon Bantuan Banjir Keluarga Malaysia ?

Penigga informal dan mikro yang bertaraf warganegara, premis perniagaan mereka yang terjejas akibat dari banjir pada Disember 2021 dan Januari 2022.

Berapakah Had umur untuk memohon bantuan ini?

Mereka yang berumur 18 tahun ke atas sahaja.

Leave a Comment