Permohonan ePLKS 2022 – Lanjutan Pas Lawatan Kerja Sementara

Permohonan ePLKS 2022. Majikan yang layak boleh mengambil peluang bagi mengemukakan permohonan lanjutan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) secara atas talian melalui ePLKS.

Dengan lanjutan permit kerja ini, pekerja asing yang memegang PLKS boleh terus bekerja di Malaysia secara sah.

Tempoh Permohonan

Permohonan melalui sistem ePLKS boleh dibuat seawal 3 bulan sebelum tamat permit kerja.

*Nota – Dokumen berkaitan seperti FOMENA / SPIKPA / SBPA / IG hendaklah disediakan terlebih dahulu sebelum meneruskan permohonan menggunakan sistem ePLKS.

Layari laman web ePLKS untuk maklumat lanjut = https://imigresen-online.imi.gov.my/plks/main

Aliran Proses Permohonan ePLKS 2022

Berikut merupakan aliran proses Permohonan ePLKS 2022 secara atas talian :

  1. Daftar / Log masuk
  2. Permohonan Lanjutan
  3. Muat naik Dokumen
  4. Hantar Permohonan
  5. Bayaran Secara Atas Talian
  6. Terima PLKS
Permohonan ePLKS 2022

Bayaran bagi permohonan ini hendaklah dijelaskan dalam tempoh 30 hari setelah mendapat kelulusan dan kelulusan ini secara automatiknya terbatal sekiranya bayaran tidak dijelaskan dalam tempoh tersebut.

Sekiranya hal ini terjadi, maka majikan perlu membuat semula permohonan ePLKS.

Syarat Kelayakan Permohonan ePLKS 2022

Jabatan Imegresen telah menetapkan beberapa syarat kelayakan bagi memohon lanjutan PLKS ini , antaranya :

  1. Pekerja dan majikan mestilah tidak melanggar apa-apa syarat pas yang dikeluarkan semasa pengajian di bawah Program Rehiring.
  2. Pekerja yang telah disenarai hitamkan adalah tidak layak untuk memohon lanjutan ini.
  3. Pekerja juga tidak boleh bertukar majikan atau sektor kecuali melalui kelulusan khas Kementerian Dalam Negeri (KDN.
See also  Cara Tukar Akaun KWSP Konvensional Kepada Shariah

Bagi yang layak, hanya majikan atau wakil majikan yang sah sahaja dibenarkan untuk mengemukakan permohonan ini secara dalam talian melalui ePLKS.

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai ePLKS, anda boleh menghubungi pihak Jabatan Imegresen Malaysia :

No Tel : 03-88801452 / 03-88801555

Masa bekerja : ( 8.30 pagi hingga 11.00 malam – Setiap hari )

Soalan Lazim

Bolehkah pekerja yang telah disenarai hitamkan untuk memohon lanjutan PLKS ini ?

Tidak.

Bagaimanakah cara untuk membuat permohonan lanjutan PLKS ini ?

Anda boleh rujuk dalam artikel ini.

Leave a Comment