Permohonan DSIP Online. DSIP atau dahulunya dikenali sebagai Bantuan Melanjutkan Pengajian Ke Luar Negara merupakan bantuan kewangan (Dermasiswa) yang khusus diberikan berdasarkan dari permohonan pelajar bagi setiap tahun.
Bantuan ini juga adalah bagi membantu anak-anak kelahiran negeri Kelantan dalam pengajian di beberapa Institut Pengajian Tinggi (IPT) luar negara dalam pelbagai bidang yang bermanfaat terutamanya bidang Pengajian Islam.
Untuk makluman, permohonan ini dibuka bermua April sepanjang tahun sehingga tarikh tutup yang akan dimaklumkan. Bagi anak kelahiran Negeri Kelantan yang berminat, boleh terus membuat permohonan tersebut.
Syarat Umum
Syarat umum yang perlu dipenuhi oleh pemohon adalah seperti berikut :
- Pemohon mestilah warganegara Malaysia.
- Lahir dan menetap di Kelantan.
- Terdiri dari golongan asnaf yang layak menerima zakat.
- Melepasi had kifayah yang telah ditetapkan oleh MAIK.
- Tidak mendapat tajaan atau bantuan kewangan dari mana-mana badan penaja.
- Jumlah pendapatan ibu bapa adalah RM8,000 ke bawah dalam sebulan sahaja.
Syarat Khusus
Bagi syarat khusus permohonan ini pula, pemohon juga perlu memenuhi syarat khusus yang telah ditetapkan iaitu :
- Pemohon Tahun Pertama
- Pemohon layak memohon berdasarkan surat tawaran yang telah disahkan.
- Pemohon layak memohon berdasarkan surat tawaran yang telah disahkan.
- Pemohon Tahun Kedua
- Pengajian di Mesir : Lulus dan layak untuk menyambung pengajian ke tahun akhir.
- Pengajian di lain-lain negara : Minima PNGK 3.0 dan layak untuk menyambung pengajian ke tahun seterusnya.
- Syarat tambahan
- Maksima bantuan 5 kali sahaja bagi pelajar yang menuntut di Mesir.
- Bagi peringkat kemahiran Bahasa Arab lughah, maksimum sekali sahaja sepanjang pengajian.
Cara Mohon Permohonan DSIP Online
Cara untuk membuat permohonan DSIP online, pemhon boleh ikuti langkah-langkah tersebut :
- Layari laman web rasmi = http://eagihan.e-maik.my/
- Pilih jenis bantuan
- Masukkan No. Kad Pengenalan
- Klik butang “Semak Kelayakan”
- Masukkan jumlah pendapatan ibu dan bapa pemohon dan klik butang “Semak”.
- Lengkapkan permohonan dan hantar.
Maklumat Lanjut
Bagi sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai Permohonan DSIP Online ini, pemohon boleh hubungi Unit Pendidikan MAIK da talian 09-7421519 atau email ke [email protected].
Soalan Lazim
Bilakah tarikh mula permohonan dan tarikh tutup permohonan ?
Permohonan dibuka bermula April sepanjang tahun sehingga tarikh tutup yang akan dimaklumkan.
Sekiranya pemohon menetap di negeri selain negeri Kelantan, bolehkah pemohon membuat permohonan ini ?
Permohonan ini dibuka khusus untuk yang lahir dan menetap di Negeri Kelantan sahaja.