Permohonan Bantuan Zakat Perak boleh dibuat oleh warga Perak khususnya berpendapatan rendah yang memerlukan bantuan melalui MAIPk. Maklumat dan cara untuk membuat permohonan akan kami kongsikan dalam artikel ini. Semoga dapat membantu.
APA ITU MAIPk
Majlis Agama Islam Negeri dan Adat Melayu Perak (MAIPk) adalah berfungsi untuk menganjurkan, mendorong, membantu dan berusaha meningkatkan kemajuan serta kesejahteraan ekonomi, sosial dan pentadbiran masyarakat Islam di dalam Negeri Perak Darul Ridzuan berpandukan hukum-hukum Syarak.
OBJEKTIF MAIPk
Antara objektif MAIPk ini adalah untuk :
- Memartabatkan institusi zakat dengan penggunaan sistem pungutan dan agihan yang berkesan dan efisien.
- Mentadbir harta baitulmal dan wakaf bagi tujuan membangunkan sosioekonomi dan menandatangani kemaslahatan ummah
- Menjana kualiti perkhidmatan, budaya kerja cemerlang dan dinamik, serta pengurusan yang sistematik dicapai dengan memaksimumkan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi.
SYARAT KELAYAKAN
Terdapat 2 jenis syarat kelayakan iaitu Syarat Umum dan Syarat Khusus
Syarat Umum adalah seperti berikut :
- Beragama Islam.
- Warganegara Malaysia (kecuali Ibnu Sabil).
- Bermastautin di Negeri Perak.
- Tidak menerima bantuan daripada mana-mana pihak / agensi.
Syarat Khusus ialah :
- Tergolong dalam Asnaf Fakir atau Miskin atau Muallaf danย (melepasi had kifayah).
Bagaimanakah Cara untuk Memohon Bantuan Zakat Perak
Cara untuk membuat permohonan bagi pemohon yang layak adalah seperti berikut.
- Untuk membuat permohonan bantuan zakat MAIPk, pemohon perlu mengisi borang permohonan dengan lengkap dan jelas.
- Salinan dokumen yang telah disahkan dan ditandatangani hendaklah dilampirkan bersama setiap borang permohonan.
- Permohonan perlu mendapatkan sokongan dan pengesahan daripada Penghulu, Ketua Kampung atau amil kawasan tempat pemohon tinggal bermastautin.
- Pemohon perlu menghantar borang permohonan ke Pejabat Pentadbiran MAIPk Daerah mengikut alamat tempat tinggal mereka.
Untuk maklumat lanjut berkaitan bantuan zakat perak ini, adalah boleh layari websiteย rasmi Majlis Agama Islam Negeri dan Adat Melayu Perak (MAIPk )ย di https://www.maiamp.gov.my/.