Permohonan Bantuan BWI Bagi Isi Rumah Yang Terjejas Banjir Bernilai Rm1000

Azri

BANTUAN MANGSA BANJIR

Permohonan bantuan BWI ,Perdana Menteri sebelum ini memaklumkan kadar BWI kini dinaikkan daripada RM500 kepada RM1,000 bagi setiap ketua isi rumah yang terjejas ketika Monsun Timur Laut atau terkesan dengan lain-lain bencana diisytiharkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat. Permohonan bantuan BWI tidak pernah tutup dan akan sentiasa menerima permohonan dari mangsa_mangsa bencana .

Inisiatif BWI itu dijangka akan meringankan beban lebih 39,100 ketua isi rumah yang melibatkan peruntukan lebih RM39.5 juta daripada Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara. 

Permohonan Bantuan BWI

Untuk makluman kepada pemohon yang membuat permohonan bantuan BWI terdapat syarat yang perlu diketahui untuk memudahkan kerja anda dan tidak keliru tentang bantuan yang diberikan kepada mangsa.

Syarat Kelayakan BWI

  1. BWI hanya diberikan kepada setiap Ketua Isi Rumah warganegara Malaysia sahaja.
  2. Setiap permohonan hendaklah disahkan oleh Pegawai Daerah bahawa mangsa adalah benar-benar terjejas dengan bencana banjir yang dimaksudkan.
  3. Hanya 1 rumah sahaja yang terlibat layak untuk mendapat sekali BWI tanpa mengira isi rumah / keluarga.
  4. Kelayakan BWI Bencana Banjir hanya diberika sekali dalam tempoh musim bencana yang telah diiystiharkan. Sekiranya bencana berkalu melebihi daripada sekali dalam tempoh bencana, maka tiada bantuan kedua, ketiga atau seterusnya yang akan diberikan.

Jumlah Yang Diterima

Jumlah yang akan diterima adalah RM1000 bagi setiap Ketua Isi Rumah tanpa mengira jumlah isi rumah / keluarga.

Bagi kes kematian, NADMA memaklumkan waris mangsa kematian akan menerima wang bernilai RM5000.

Cara Permohonan BWI

  1. Serahkan senarai nama anda sebagai ketua keluarga penerima bantuan kepada ketua kampung atau pegawai daerah di tempat anda.
  2. Pegawai daerah akan kumpulkan senarai nama penerima untuk diserahkan kepada setiausaha kerajaan negeri untuk tujuan semakan dan pengesahan.
  3. Kerajaan negeri akan memberikan wang bayaran terus kepada anda selepas menerima pembayaran dana peruntukkan dari pihak NADMA Malaysia.
See also  BPN 2.0: Semakan Pembayaran Fasa 2 Bantuan Prihatin Nasional (Januari 2021)

Soalan Lazim

Apakah Layak Untuk Semua Orang untuk memohon BWI?

Jangan risau kerajaan memperuntukkan Bantuan untuk semua ketua keluarga yang terjejas banjir tiada yang akan dipinggirkan .Jadi segera lah buat permohonan seperti yang tertera diatas.

Leave a Comment