e-Penyata Gaji : Slip Gaji ANM 2020

e-Penyata Gaji : Slip Gaji ANM 2020 merupakan salah satu sistem yang telah diwujudkan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia ( ANM ).

Sistem ini juga membolehkan kalangan kakitangan awam dan pesara kerajaan bagi mendapatkan payslip masing-masing terus daripada sistem online yang sedia ada.

Setiap penjawat awam, wajib menggunakan sistem e-penyata ini. Sistem ini juga merupakan satu inisiatif ke arah kertas bagi penggunaan slip gaji.

Cara Semakan e-Penyata Gaji Online

Berikut adalah perkongsian cara membuat semakan penyata gaji online untuk penjawat awam.

  1. Login ke laman web yang rasmi = https://epenyatagaji-laporan.anm.gov.my/Layouts/Login/Login.aspx .
  2. Masukkan No. Kad Pengenalan atau No. Pasport.
  3. Masukkan Kata laluan.
  4. Klik Daftar Masuk.
penyata gaji

Daftar Pengguna Baru e-penyata

Sekiranya anda sebelum ini tidak pernah menggunakan sistem e-penyata, anda perlu mendaftar terlebih dahulu.

Anda boleh mendaftar akaun baru e-penyata ANM disini = https://epenyatagaji-laporan.anm.gov.my/layouts/login/UserRegistration.aspx

Isi kesemua maklumat yang diminta. Pastikan maklumat yang diberikan adalah semuanya betul. Ini bagi mengelakkan sebarang masalah di maaa hadapan.

penyata gaji

Wajib anda isi semasa membuat pendaftaran adalah :

  • No. Kad Pengenalan
  • No. Gaji
  • Kata Laluan
  • Sahkan kembali Kata Laluan
  • Soalan keselamatan ( Penting jika anda terlupa kata laluan )
  • Jawapan kepada soalan keselamatan ( Pastikan anda ingat. )
  • Klik “OK”

Terlupa Kata Laluan e-Penyata

Sekiranya anda terlupa kata laluan, anda boleh dapatkan kembali dengan klik “Lupa Kata Laluan”

penyata gaji
  1. Klik Lupa Kata Laluan
  2. Masukkan No. Kad Pengenalan dan masukkan No. Gaji
  3. Klik Seterusnya.

Soalan Lazim

Bagaimana jika terlupa kata laluan ?

Anda hanya perlu klik “Lupa Kata Laluan. Masukkan No.kad pengenalan , No. Gaji dan klik “Seterusnya”.

Sekiranya e-penyata gaji laporan tak boleh buka egaji ?

Itu hanya sementara. Adkala server yang tidak dapat menampung jumlah trafik dan pengunjung yang tinggi.

Berapa lamakah data penyata gaji disimpan dalam sistem e-Penyata ?

1. Bagi penyata bulanan iainya disimpan sehingga 18 bulan ke belakang.
2. Manakala bagi penyata tahunan pula, 7 tahun ke belakang.

Adakah e-Penyata mempunyai apps pada telefon pintar ?

E-penyata mempunyai 2 apps iaitu pada android dan juga apple ios.
1. Apps android = https://play.google.com/store/apps/details?id=my.gov.onegovappstore.epayslipmobile&hl=en
2. Apps apple/ios = https://apps.apple.com/my/app/epayslip-janm/id1481434530

Semoga perkongsian e-Penyata Gaji ini dapat membantu bagi membuat semakan dan membantu mereka yang mempunyai masalah e-Penyata gaji.

Leave a Comment