Pendaftaran Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR)

Merupakan satu skim khas bagi golongan suri rumah iaitu skim keselamatan sosial suri rumah (SKSSR) yang telah dilancarkan oleh PERKESO pada 1 Disember 2022 yang lalu untuk melindungi keselamatan sosial suri rumah.

Tujuan skim ini adalah untuk menjaga kebajikan dan memberi perlindungan kepada golongan suri rumah daripada kesan bencana domestik, kemalangan dan penyakit yang boleh mengurangkan keupayaan mereka dalam menguruskan rumah tangga.

Apa Itu Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR)

Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) diperkenalkan di bawah Akta Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022 yang berkuatkuasa pada 1 Disember 2022. Ianya bertujuan untuk melindungi keselamatan suri rumah sepenuh masa atau separuh masa daripada bencana domestik dan keilatan.

Siapakah Suri Rumah ?

Suri Rumah adalah seseorang perempuan sama ada yang sudah berkahwin atau belum yang menguruskan rumah tangga secara sepenuh masa atau separuh masa. Termasuk seorang isteri, janda, balu yang perkahwinannya berdaftar di bawah mana-mana undang-undang bertulis, atau seorang ibu yang mempunyai seorang anak atau lebih iaitu termasuk juga ibu tunggal.

Syarat Kelayakan SKSSR

  1. Warganegara Malaysia / pemastautin tetap
  2. Suri Rumah yang belum mencapai umur 55 tahun.
  3. Suri Rumah yang melakukan aktiviti yang berkaitan dengan pengurusan rumah tangga
  4. Membayar caruman bagi tempoh 12 bulan secara terlebih dahulu

Faedah Yang Ditawarkan SKSSR

Terdapat 2 jenis faedah di bawah SKSSR iaitu Faedah Perlindungan Bencana Domestik dan Faedah Perlindungan Keilatan

Antara faedah perlindungan bencana domestik adalah seperti berikut :

  • Perubatan
  • Faedah hilang upaya kekal
  • Elaun keuzuran
  • Elaun layanan sentiasa
  • Kemudahan pemulihan jasmani / dialisis
  • Faedah pengurusan mayat
  • Faedah Pencen penakat
See also  I-Sinar KWSP : Cara Permohonan Online & Senarai Dokumen (Kategori 2)

Manakala untuk Faedah Perindungan Keilatan ada seperti berikut :

  • Elaun keuzuran
  • Elaun layanan sentiasa
  • Kemudahan pemulihan jasmani / dialisis

Cara Pendaftaran Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR)

Untuk membuat pendaftaran Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR), anda boleh layari laman web https://suri.perkeso.gov.my/

Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada anda akan kepentingan Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) bagi golongan suri rumah.

Leave a Comment