Pendaftaran Murid Tahun 1 2022 Online

Pendaftaran Murid Tahun 1 2022 Online. Kepada ibu bapa yang ingin mendaftarkan anak mereka bersekolah Tahun 1 pada 2022, anda boleh membuat pendaftaran dan permohonan penempatan bagi sekolah yang dipilih sesi tahun hadapan secara online.

Untuk pengetahuan semua ibu bapa dan penjaga, Pendaftaran Murid Tahun 1 sesi 2022 telah dibuka secara online pada tahun ini.

Berikut adalah dikongsikan maklumat lanjut mengenai cara pendaftaran tahun 1 2022 melalui permohonan online.

Tarikh Permohonan

  • Tarikh mula permohonan : 1 Mac 2021
  • Tarikh tutup permohonan : 30 April 2021
  • Tarikh Rayuan : 1 Ogos hingga 31 Ogos 2021
  • Keputusan Rayuan : 1 Oktober 2021

Cara Pendaftaran Murid Tahun 1 2022 Melalui Online

Cara pendaftaran yang dikongsikan adalah seperti berikut, hanya mengikuti langkah-langkah di bawah :

  1. Layari laman web rasmi SPATKPM = https://public.moe.gov.my/
  2. Bagi mereka yang belum mendaftar ” Klik Pengguna baru”
  3. Tekan Daftar Pengguna
  4. Klik Daftar
  5. Isikan maklumat yang diperlukan
  6. Setelah berjaya mendaftar masuk, teruskan permohonan dan klik pada menu Tahun 1
  7. Klik Permohonan Baru
  8. Masukkan nombor MyKid sebagai ID pengenalan murid untuk mendaftar
  9. Lengkapkan maklumat berikut :
    i. Maklumat murid
    ii. Maklumat Kesihatan
    iii. Maklumat Penjaga
  10. Setelah selesai, tekan butang Simpan dan Seterusnya
  11. Bagi pengemaskinian sebelum membuat perakuan, pergi ke Semak Permohonan.
  12. Setelah selesai kemaskini maklumat-maklumat berkaitan, pergi ke menu Perakuan
  13. Semak setiap maklumat dan klik Perakum Benar Dan Hantar di bahagian paling bawah menu.
  14. Status permohonan murid akan dipaprkan
  15. Pengguna boleh mencetak surat permohonan dan surat persetujuan kesihatan untuk tujuan rujukan.
See also  Biodata Anwar Ibrahim Perdana Menteri Ke-10 Malaysia
pendaftaran murid tahun 1

Syarat Pendaftaran Murid Tahun 1 2022

  1. Murid Tahun 1 bagi sesi 2022 : Lahir pada Januari 2 2015 hingga 1 januari 2016
  2. Murid Tahun 1 bagi sesi 2023 : Lahir pada 2 januari 2016 hingga 1 Januari 2017.

Dokumen Yang Diperlukan

  1. Buku Rekod kesihatan murid ( tarikh imunisasi / suntikan )
  2. Sijil Lahir murid
  3. Borang permohonan Tahun 1 ( yang dicetak selepas mengisi maklumat secara online)
  4. Kad pengenalan ibu bapa ataui penjaga murid
  5. Sijil nikah / S

Soalan Lazim

Bilakah tarikh tutup permohonan pendaftaran tahun 1 ?

Tarikh tutup permohon pada 30 April 2021

Bolehkah adik beradik mendaftar sebagai pengguna ?

Tidak. Hanya ibu bapa dan penjaga y dibenarkan untuk mendaftar sebagai pengguna.

Bagaimankah cara mendapatkan semula kata laluan sekiranya terlupa ?

Tekan Lupa Kata Laluan > isi semua kembali maklumat diri dan maklumat akaun > semak jawapan.

Bagaimanakah cara untuk mendaftar sebagai pengguna baru ?

Tekan Pengguna Baru > Isi semua maklumat yang diminta Daftar Pengguna > Tekan Daftar.

Leave a Comment