BPR Fasa 2: Semakan Status Pembayaran Online Mei 2021

Di kala negara masih lagi berdepan dengan pandemik, kerajaan memutuskan untuk memberikan BPR fasa 2 awal daripada tarikh yang ditetapkan.

Jika sebelum ini, pemberian fasa 2 dijangka diagihkan pada Oktober 2021, kini diawalkan kepada tarikh 7 Mei 2021.

BPR fasa 2 ini akan memberi manfaat kepada lebih 8 juta penerima di seluruh negara.

Butir-butir jumlah pembayaran adalah seperti berikut: 💰

jadual bayaran fasa 2

Selain daripada bayaran fasa kedua ini, pembayaran bagi penerima baharu turut dibuat pada tarikh sama. Ini bagi kategori mereka yang baru sahaja membuat permohonan baru dan diluluskan.

Cara Semakan Status Bayaran BPR

Cara membuat semakan adalah dengan log masuk ke melalui pautan ini ➡️ https://bpr.hasil.gov.my/Account/Login

Kaedah bayaran

Kaedah pembayaran adalah seperti berikut:

Ada akaun bank: Kredit terus ke dalam akaun penerima mulai 7 Mei 2021.
Tiada akaun bank: Pembayaran secara tunai di kaunter BSN pada bermula 17 Mei 2021

Bilakah pembayaran BPR fasa 2?

Bermula 7 Mei 2021.

Bagaimana cara semak status pembayaran?

Layari bpr.hasil.gov.my

See also  Semakan Pembayaran BKC Fasa 2 (Isi Rumah,Bujang, Warga Emas)

Leave a Comment