PeKa B40 : Permohonan Dan Semakan Kelayakan

Berita gembira bagi golongan B40, anda mempunyai peluang untuk menerima pelbagai manfaat melalui Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 (PeKa B40). Adakah anda pernah mendengar mengenai PeKa B40? Adakah anda sudah membuat semakan status PeKa B40 untuk tahun 2023? Dalam arikel ini, akan membincangkan tentang cara permohonan dan semakan kelayakan bagi PeKa B40.

Apa itu PeKa B40?

Kerajaan telah memperkenalkan satu skim kesihatan sebagai inisiatif untuk membantu golongan B40. Skim ini dikenali sebagai PeKa B40.

Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 (PeKa B40) adalah inisiatif Kerajaan yang bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Skim ini bertujuan untuk meringankan dan memenuhi keperluan kesihatan golongan berpendapatan rendah, dengan memberi penekanan kepada penyakit tidak berjangkit (NCD).

Syarat Kelayakan PeKa B40

  • Tergolong dalam kumpulan pendapatan isi rumah 40% terendah atau B40
  • Layak kepada penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) serta pasangan yang berusia 40 tahun ke atas
  • Tiada pendaftaran atau permohonan khusus untuk menjadi penerima PeKa B40

Manfaat Skim PeKa B40

Berikut adalah beberapa manfaat yang boleh diperoleh selepas menjadi penerima PeKa B40:

  • Saringan kesihatan percuma
  • Bantuan alat perubatan
  • Insentif Melengkapkan Rawatan Kanser sebanyak RM1,000
  • Bantuan tambang pengangkutan
PeKa B40

Semakan Kelayakan PeKa B40

Sekiranya anda ingin membuat semakan kelayakan PeKa B40, berikut adalah langkah-langkah yang anda boleh ikuti:

Langkah 1 : Sila semak kelayakan untuk skim PeKa B40 melalui pautan yang telah disediakan di https://kelayakan.pekab40.com.my/. Masukkan nombor kad pengenalan anda diruang yang disediakan dan klik semak.

Langkah 2 : Jika anda memenuhi syarat, sila kunjungi klinik PeKa B40 terdekat yang berdaftar dengan PeKa B40. Pastikan anda membawa kad pengenalan untuk tujuan pengesahan semasa kunjungan.

See also  4 Cara Buat Duit Dengan Tiktok di Tahun 2023

Langkah 3 : Semasa kunjungan pertama ke klinik, penerima PeKa B40 akan menjalani saringan pemeriksaan kesihatan. Untuk Kos saringan pemeriksaan kesihatan ini akan ditanggung oleh pihak kerajaan.

Langkah 4 : Pada kunjungan kedua, anda akan mendapat maklumat hasil ujian dari doktor. Doktor juga akan menentukan langkah seterusnya, sama ada perlu dirujuk ke fasiliti KKM atau Program Sihat Cergas KKM.

Leave a Comment