Jika anda pernah melayari laman web rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) untuk urusan pengisian cukai, anda akan diarahkan ke satu platform yang dikenali sebagai MyTax.
MyTax merupakan portal perkhidmatan yang direka untuk memudahkan pembayar cukai dalam mengakses maklumat terkini mereka tanpa perlu hadir secara fizikal ke pejabat LHDN. Portal ini telah diperkenalkan sejak Disember 2020. Melalui portal ini, pengguna boleh mendapatkan maklumat dan perkhidmatan berkaitan pelbagai urusan cukai.
Untuk makluman, akses kepada MyTax boleh dilakukan melalui laman web atau aplikasi mudah alih yang boleh dimuat turun dari Google Play dan App Store.
Cara Daftar MyTax
Untuk mendaftar MyTax, ikuti langkah-langkah berikut:
- Pendaftaran boleh dibuat secara dalam talian melalui portal MyTax di https://mytax.hasil.gov.my/.
- Klik pada bahagian “Perkhidmatan ezHasil” dan pilih “e-Daftar”.
- Isi maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan tepat.
- Klik butang “Cari”.
Pemberitahuan akan memaparkan sama ada nombor cukai pengguna telah didaftarkan atau belum. Jika telah didaftarkan, pengguna boleh terus log masuk. Jika belum, pengguna perlu mendaftar terlebih dahulu dengan LHDN.
Cara Login MyTax Pertama Kali
Bagi mereka yang telah mendaftar tetapi tidak mempunyai Sijil Digital, terdapat dua kaedah pendaftaran yang boleh digunakan:
- e-CP550 – permohonan melalui web.
- e-KYC – pengecaman identiti wajah menggunakan telefon.
Anda perlu mengaktifkan sijil digital anda dengan nombor PIN yang diberikan dan pastikan maklumat asas disahkan. Selepas itu, anda boleh log masuk dengan menetapkan kata laluan dan frasa keselamatan.
Fungsi Portal MyTax
Portal MyTax menawarkan beberapa fungsi penting kepada pembayar cukai, antaranya:
- Pembayaran cukai secara dalam talian.
- Semakan status pembayaran cukai setiap tahun.
- Akses dan kemaskini maklumat seperti transaksi lejar, status pembayaran balik, pertukaran hak milik, duti setem, dan potongan cukai bulanan.
- Pengemukaan borang cukai seperti Borang BE secara dalam talian.
Melalui MyTax, proses pengurusan cukai menjadi lebih mudah dan efisien, memberikan manfaat besar kepada pembayar cukai di seluruh Malaysia.