MySalam 2021 : Permohonan & Semakan Status Skim Perlindungan Nasional

mysalam

Adakah anda tahu bahawa mySalam merupakan skim perlindungan berbentuk insurans yang diberikan kepada golongan mempunyai pendapatan rendah ataupun disebut sebagai golongan B40.

Golongan B40 yang layak akan menerima skim perlindungan sebanyak RM 8000 bagi 36 penyakit kritikal yang telah disenaraikan.

Perlindungan ini diberikan kepada mereka yang layak sebagai pemohon bantuan Sara Hidup ( BSH ).

Permohonan MySalam B40 2021

  1. Layari laman web rasmi seperti link ini = https://www.mysalam.com.my/b40/public/
  2. Masukkan kad pengenalan dan password yang telah dihantar melalui kiriman sms.
  3. Setelah login, sila cari butang ‘Download Form’ dan klik download ‘Critical Illness – Doctor’s Statement form’
  4. Borang tersebut perlu diisi dengan selengkapnya oleh doctor yang melakukan rawatan.
  5. Hantar scan borang tersebut bersama-sama dengan dokumen lain termasuk salinan kad pengenalan dan surat pengesahan doctor yang boleh anda upload dan muat naik di pertal rasmi mereka diruangan Claims > Claims Submission > CI Claims
  6. Klik butang ‘Submit’ jika dokumen telah lengkap.
mysalam

Syarat Permohonan MySalam B40

Syarat seseorang itu layak sebagai penerima adalah :

  • Berumur 18-55 tahun
  • Merupakan penerima BSH
  • Menerima rawatan di hospital kerajaan sahaja
  • Menghidap salah satu daripada 36 jenis penyakit yang telah di senaraikan ( boleh lihat senarai penyakit di bahagian bawah ).

Kelayakan adalah secara automatik kepada mereka yang layak menerima.

Semakan Status Kelayakan Skim Perlindungan Nasional MySalam

mysalam

Untuk melihat sama ada anda layak untuk menerima, ikuti langkah-langkah yang dikongsikan dibawah :

  1. Layari portal rasmi mysalam = https://www.mysalam.com.my/b40/info/
  2. Masukkan no kad pengenalan ( tanpa tanda sengkang )
  3. Tekan Semak . Bagi melihat sama ada anda layak ataupun tidak.

Senarai 36 Penyakit kritikal

Berikut adalah senarai-senarai jenis penyakit kritikal tersebut.

  1. Penyakit Alzheimer / Deminsia teruk
  2. Angioplasti dan rawatan invasif lain untuk penyakit arteri koronari
  3. Meningitis Bakteria – Mengakibatkan ketidakupayaan kekal untuk melakukan aktiviti kehidupan harian
  4. Tumor Otak Benign – Keterukan tertentu
  5. Buta – Kekal dan tidak boleh pulih
  6. Pembedahan otak
  7. Kanser – Keterukan tertentu dan tidak melindungi kanser tahap awal
  8. Kardiomiopati – Keterukan tertentu
  9. Koma – Mengakibatkan defisit neurologi kekal dengan simptom klinikal yang berterusan
  10. Anemia aplastik kronik – Mengakibatkan kegagalan kekal sumsum tulang
  11. Pekak – kekal dan tidak boleh pulih
  12. Pembedahan Pintasan Arteri Koronari
  13. Ensefalitis – Menagakibatkan ketidakupayaan kekal untuk melakukan aktiviti kehidupan harian
  14. Penyakit Paru-Paru Tahap akhir
  15. Kegagalan hati Tahap akhir
  16. AIDS Dengan Gejala Penuh
  17. Hepatitis Viral Fulminan
  18. Serangan Jantung – Keterukan tertentu
  19. Pembedahan Injap jantung
  20. Jangkitan HIV Melalui Transfusi Darah
  21. Kehilangan Upaya Hidup Sendiri ( Berdikari )
  22. Kegagalan Buah Pinggang – Memerlukan dialisis atau transplan buah pinggang
  23. Hilang Keupayaan Bertutur
  24. Trauma Kepala Major ( Teruk ) – Mengakibatkan ketidakupayaan kekal untuk melakukan kehidupan seharian
  25. Transplan Organ Utama / Sumsum tulang
  26. Penyakit Neuron Motor – Defisit neurologi kekal dengan simptom klinikal berterusan
  27. Sklerosis Multipel
  28. Distrofi Otot
  29. Kelumpuhan Anggota
  30. Penyakit Parkinson – Mengakibatkan ketidakupayaan kekal untuk melakukan aktiviti kehidupan seharian
  31. Penyakit arteri Koronari Serius
  32. Hipertensi Arteri Pulmonari Primer – Keterukan tertentu
  33. Strok / angin Ahmar – Menagakibatkan defisit neurologi kekal dengan simptom-simptom klinikal berterusan
  34. Pembedahan Aorta
  35. Lupus Eritematosus Sistemik denn Komplikasi Buah Pinggang yang teruk
  36. Kelecuran Tahap Ketiga – Keterukan tertentu

Soalan Lazim

Apa itu MySalam ?

MySalam merupakan sebuah inisiatif skim takaful perlindungan kesihatan percuma oleh Kerajaan yang memberikan takaful kepada individu yang layak menerima manfaat skim Perlindungan Masyarakat Mysalam melalui Tabung Amanah MySalam

Mengapakah Kerajaan Menyediakan MySalam ?

Kerana Kerajaan ingin menyediakan sebuah skim pelindungan kesihatan sosial untuk membantu golongan miskin yang memerlukan bantuan mengatasi masalah kewangan apabila menghidapi penyakit-penyakit kritikal.

Bagaimanakah untuk membuat semakan kelayakan penerima MySalam ?

Layari laman web rasmi dan ikuti langakah-langkah yang disediakan dalam artikel ini.

Apakah yang diperlukan untuk semak Kelayakan ?

Untuk semak kelayakan , masukkan saja no kad pengenalan dan tekan semak.

Leave a Comment