MBSB Online : Perkhidmatan Perbankan Digital Mudah Dan Selamat

MBSB Bank ini sudah lama beroperasi di Malaysia. Perkhidmatan perbankan atas talian MBSB Bank telah diperkenalkan untuk memudahkan pengguna. Bagaimana cara mendaftar perbankan atas talian MBSB? Di sini kami akan kongsikan cara-caranya. Semoga membantu.

Apa Itu MBSB

MBSB Bank adalah salah satu bank yang menawarkan perkhidmatan perbankan Islam di Malaysia. MBSB Bank telah mendapatkan lesen dari BNM (Bank Negara Malaysia) dan berada di bawah pengawasan Bank Negara Malaysia mengikut Akta Perkhidmatan Kewangan Islam pada tahun 2013.

Seperti bank-bank lain di Malaysia, pelbagai kemudahan perbankan seperti pinjaman peribadi, deposit bertempoh, pembiayaan hartanah, dan banyak lagi disediakan oleh MBSB Bank.

Perkhidmatan perbankan internet MBSB ini adalah perkhidmatan yang mudah, praktikal, selamat dan senang untuk digunakan. 

Cara Daftar MBSB Online

Sebelum mendaftar perbankan atas talian MBSB, anda perlu memiliki akaun aktif di MBSB Bank. Berikut akan dikongsikan langkah-langkah bagaimana untuk mendaftar perbankan atas talian MBSB.

  1. Layari laman web rasmi https://www.mbsbjourney.com/
  2. Klik pada butang New User? Register Now
  3. Ada dua pilihan untuk daftar iaitu Debit card dan Financing Account
  4. Sekiranya anda pilih Debit Card tekan Register Now
    • Sila Masukkan No Debit card anda
    • Masukkan 6 Digit Pin anda
    • Masukkan Catcha yang tertera dan Tekan Next
  5. Sekiranya anda pilih Financing Account tekan Register Now
    • Masukkan Financing Account No anda
    • Pilih ID Type – Sekiranya pilih new IC
    • Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda
    • Masukkan Catcha yang tertera dan Tekan Next
  6. Kemudian, sila isikan maklumat peribadi anda dalam bahagian Butiran Peribadi.
  7. Kemudian, sila ikuti panduan lanjutan sehingga pendaftaran anda berjaya.
  8. Selesai

Cara Login MBSB Online

Sekiranya ada sudah mendaftar, anda kini boleh log masuk ke akaun anda. Berikut adalah langkah-langkah untuk Log Masuk:

  1. Buka laman web MBSB online di pautan https://www.mbsbjourney.com/rib/
  2. Sila masukkan USERNAME anda dan tekan Login.
  3. Gambar Keselamatan anda akan terpapar. Klik Yes
  4. Seterusnya, sila masukkan password anda dan tekan login
  5. Anda telah berjaya log masuk ke akaun MBSB Online Banking anda.

Leave a Comment