Malaysia SPM 2024 : Tarikh Penting

Perhatian kepada bakal calon peperiksaan SPM 2023/2024, peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 akan bermula pada 5 Disember tahun ini sejajar dengan langkah KPM untuk mengembalikan sesi permulaan persekolahan kepada asal, iaitu pada Januari secara beransur-ansur. Peperiksaan ini akan berakhir pada 7 Mac 2024.

Peperiksaan akan dimulakan dengan Ujian Amali Sains pada 5 Disember, dan diikuti dengan Ujian Bertutur pada 8 Januari tahun depan. Untuk peperiksaan bertulis, ia akan berlangsung dari 30 Januari hingga kertas terakhir pada 7 Mac.

Tarikh Peperiksaan SPM 2023/2024

Lembaga Peperiksaan Malaysia telah mengemaskini tarikh peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Ujian Pencapaian Bahasa Antarabangsa (UPBA) Tahun 2023 yang akan dilaksanakan bermula pada 5 Disember 2023 hingga 7 Mac 2024.

Jadual Peperiksaan

Untuk makluman semua, terutamanya calon-calon yang akan menduduki peperiksaan ini. Berikut adalah tarikh-tarikh penting bagi peperiksaan SPM 2023/2024:

Tarikh Penting SPM 2024
Tarikh Penting SPM 2024
Tarikh Penting SPM 2024
Tarikh Penting SPM 2024

Untuk maklumat lebih lanjut anda boleh muat turun DI SINI

ARAHAN AM

  1. Calon wajib menduduki semua kertas peperiksaan bagi mata pelajaran yang
    didaftar. Calon yang tidak menduduki mana-mana kertas peperiksaan bertulis
    atau melaksanakan Ujian Bertutur, Ujian Mendengar, Ujian Lisan, Ujian Amali
    Sains dan Kerja Kursus akan dianggap TIDAK HADIR bagi mata pelajaran
    berkenaan. Calon yang tidak dapat menduduki atau tidak hadir sesuatu kertas
    peperiksaan dikehendaki mengemukakan dokumen sokongan seperti surat
    perakuan doktor atau surat kebenaran khas Pengarah Peperiksaan. Dokumen
    sokongan ini hendaklah diserahkan kepada Ketua Pengawas
    Peperiksaan/Ketua Pentaksir Pusat Ujian/Ketua Pentaksir (Assessor)/Ketua
    Pengawas Amali sebelum tamat tempoh peperiksaan SPM 2022.
  2. Calon hendaklah menyemak butiran pada Pernyataan Pendaftaran
    Peperiksaan sebelum peperiksaan. Calon hendaklah memaklumkan kepada
    pihak JPN sekiranya terdapat kesilapan maklumat dan mengisi Borang
    Pembetulan Maklumat Calon. Calon dikenakan bayaran RM30.00. Pembayaran
    hendaklah dibuat kepada pihak JPN atas nama Akauntan Negara Malaysia
    menggunakan Kiriman Wang/Wang Pos.
  3. Calon hendaklah mengemukakan Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan
    kepada Ketua Pengawas Peperiksaan/Ketua Pentaksir Pusat Ujian/Ketua
    Pentaksir (Assessor)/Ketua Pengawas Amali di pusat peperiksaan selain dari
    pusat peperiksaan asal calon. Ketua Pengawas Peperiksaan/Ketua Pentaksir
    Pusat Ujian/Ketua Pentaksir (Assessor)/Ketua Pengawas Amali hendaklah
    menyemak maklumat calon dan maklumat mata pelajaran sebelum
    membenarkan calon menumpang di pusat peperiksaan seliaannya.
  4. Calon hendaklah membaca Garis Panduan dan Arahan Peperiksaan yang
    dinyatakan dalam Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2022 dan menandatangani
    Borang Pengakuan Calon
See also  CIMB Login Dan Cara Daftar Online Banking

Leave a Comment