Login SPA9 2020 : Kemaskini Dan Permohonan Jawatan

Login SPA9 2020 : Kemaskini Dan Permohonan Jawatan . Seperti yang telah dinyatakan oleh Pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia, 28 september yang lalu SPA8i telah dinaiktarafkan ke SPA9.

Untuk makluman, kepada semua pencari kerja yang telah mendaftar di SPA8i boleh terus memohon melalui sistem baru iaitu SPA9.

Sehubungan dengan itu, semua pemohon baru adalah diwajibkan untuk mendaftar akaun permohonan secara atas talian (online) melalui sistem yang telah disediakan..

Untuk makluman juga, semua rakyat malaysia boleh menggunakan perkhidmatan ini secara percuma.

Syarat Kelayakan Permohonan Pendaftaran

Berikut adalah maklumat berkaitan syarat kelayakan akedemik atau taraf pendidikan bagi tujuan permohonan pekerjaan ke perkhidmatan awam, slia klik pautan berikut

  1. https://www.spa.gov.my/spa/laman-utama/gaji-syarat-lantikan-deskripsi-tugas/spm-svm-skm-sijil
  2. https://www.spa.gov.my/spa/laman-utama/gaji-syarat-lantikan-deskripsi-tugas/diploma-stp-stpm-stam-hsc
  3. https://www.spa.gov.my/spa/laman-utama/gaji-syarat-lantikan-deskripsi-tugas/ijazah-sarjana-phd

Cara Login SPA9

Untuk permohonan sebarang pekerjaan boleh terus melayari : https://spa9.spa.gov.my/login

  1. Masukkan no. kad pengenalan dan kata laluan.
  2. Klik Log Masuk dan isikan maklumat yang diperlukan.
  3. Isikan 15 jawatan yang dipohon.
  4. Permohonan dan Pendaftaran anda siap.

Kepada yang belum pernah membuat permohonan sebelumnya, pemohon perlu membuat daftar akaun baru..

Daftar Akaun Baru

Permohonan untuk pemohon daftar akaun baru boleh terus melayari : https://spa9.spa.gov.my/register

Selamat membuat permohonan dan semoga berjaya…

Pemohon boleh mengisi jawatan yang ingin dipohon dan juga mengisi jawatan yang sedag dipohon ketika itu.

Soalan Lazim

Berapakah jawatan yang boleh dipohon?

Permohona jawatan adalah sebanyak 15 jawatan sahaja tidak termasuk jawatan PDRM

Adakah perkhidmatan ini berbayar?

Tidak. Perkhidmatan untuk memhon kerja ini adalah secara percuma

Berapa lamakah tempoh sah laku pendaftaran permohonan?

Tempoh sah laku pendaftaran permohonan adalah satu tahun daripada tarikh pendaftaran

Leave a Comment