Login AKPK : Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredit

editor

Login AKPK Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredit

Jika anda mempunyai masalah hutang atau pinjaman dengan bank, di sini akan dikongsikan satu cara untuk mengurus hutang atau pinjaman anda melalui Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).

AKPK (Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit)

Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) adalah agensi yang ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) pada 17 April 2006ย untuk membantu individu di Malaysia menyelesaikan sebarang permasalahan kewangan yang mereka hadapi.

Agensi ini menawarkan tiga pekhidmatan utama untuk seluruh rakyat Malaysia dalam membantu individu untuk menyelesaikan masalah kewangan mereka. Antaranya ialah:

  • Pendidikan kewangan
  • Khidmat nasihat kewangan
  • Pengurusan kredit

Cara Login AKPK

Anda perlu mendaftar untuk mempunyai akaun di AKPK terlebih dahulu untuk dapat log masuk ke AKPK.

Berikut adalah cara untuk login AKPK yang boleh anda ikuti.

  1. Sila layari laman web rasmi AKPK di https://www.akpk.org.my/home/gateway
  2. Klik pada โ€œClick Here to Loginโ€
  3. Seterusnya, pada ruanganย User ID, sila masukkanย Login ID Anda
  4. Masukkan kata laluan anda
    • Sekiranya anda merupakan pengguna baru, klik pada tulisan โ€œPengguna Baru? Daftar di sini.โ€œ
  5. Setelah itu, tekan butangย Login AKPK.
  6. Selesai

Cara Semak Baki

Jika anda ingin mengetahui berapa jumlah baki yang perlu dibayar, anda boleh ikuti langkah-langkah berikut.

  1. Log masuk ke akaun anda
  2. Klik pada Finance
  3. Tekan pada โ€œStatement of Account Reportโ€
  4. Setelah itu, Anda boleh menetapkan tempoh tahun yang ingin anda semak di bahagian Data Range.
  5. Klik pada โ€œViewโ€
  6. Seterusnya, baki penyata AKPK akan terpapar dan anda boleh memuat turun penyatan ini dengan mengklik pada ikon Disket.
See also  Semakan Cukai Tanah Perak : Cara Semak Dan Bayar

Cara Bayar Online Melalui Website AKPK

Berikut adalah cara bayar online daripada akaun AKPK anda.

  1. Log masuk ke akaun anda
  2. Klik pada โ€œDMP Serviceโ€
  3. Klik pada โ€œFacility Statementโ€
  4. Seterusnya, Anda boleh melengkapkan pembayaran secara online menggunakan FPX dan pilihan bank yang tersedia
  5. Simpan resit bayaran anda sebagai bukti untuk dijadikan rujukan sekiranya terdapat masalah di kemudian hari

Semoga dengan perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada anda dan memudahkan urusan anda.

Leave a Comment