Keputusan SPM 2022 : Paparan Dan Panduan

Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 akan mula dikeluarkan mulai 8 Jun 2023, pada hari Khamis dan akan diumumkan pada pukul 10:00 pagi seperti yang telah dimaklumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Keputusan peperiksaan ini akan digunakan untuk menentukan kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) berdasarkan kombinasi mata pelajaran yang diambil semasa SPM. Keputusan ini penting untuk memastikan pelajar dapat mengikuti kursus yang mereka minati dan sesuai dengan pencapaian mereka dalam SPM. Hal ini menandakan awal dari sebuah perjalanan baru yang menarik dalam kehidupan mereka.

Cara Semakan Keputusan SPM 2022

Murid dan ibu bapa mempunyai tiga pilihan mudah untuk mendapatkan keputusan SPM 2022. Mereka boleh menggunakan salah satu daripada tiga cara berikut :

1. Secara Online

2. Sistem Pesanan Ringkas (SMS)

  • Pelajar perlu mengikuti format yang ditetapkan untuk mendapatkan ringkasan keputusan SPM 2022 melalui SMS.
  • Contoh : Taipkan “SPM (Jarak) NoKP (Jarak) ANGKA GILIRAN“ dan hantar SMS ke 15888.

3. Hadir Ke Sekolah

  • Mulai pukul 10.00 pagi pada 08 Jun 2023, calon sekolah boleh mendapatkan keputusan peperiksaan SPM daripada sekolah masing-masing.
  • Bagi calon persendirian, slip keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia akan dihantar melalui pos pada tarikh yang sama 8 Jun 2023.
Contoh semakan secara online

Cara Buat Permohonan Semak Semula

Sekiranya anda merasa tidak puas hati dengan keputusan yang diterima, anda berpeluang untuk membuat rayuan untuk memeriksa semula keputusan Sijil Pelajaran Malaysia.

Biasanya, anda mempunyai masa selama tiga puluh (30) hari dari tarikh pengumuman rasmi keputusan peperiksaan SPM 2022 untuk memohon semakan semula keputusan.

See also  Cara Order Starbucks Dengan Mudah Tanpa Rasa Takut

Anda boleh membuat permohonan semak semula keputusan secara dalam talian melalui kaedah-kaedah berikut:

  1. Buka laman web e-Lembaga Peperiksaan http://lp.moe.gov.my/
  2. Sila pilih “Menu Perkhidmatan”
  3. Seterusnya, Pilih “Semak Semula”

Semoga dengan perkongsian ini anda dapat membuat semakan keputusan SPM anda dengan mudah dan cepat. Semoga dapat membantu.

Leave a Comment