JPJeBid : Bidaan Nombor Plat JPJ Secara Online

Jika anda pemilik kenderaan baharu sama ada kereta atau motorsikal, pastinya anda ingin memperoleh nombor plat atau nombor pendaftaran kenderaan yang menarik untuk dipasang di kenderaan anda.

Apa Itu JPJeBid ?

Pada 15 April 2019, sistem JPJeBid telah diperkenalkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sebagai inisiatif oleh pihak JPJ bagi memudahkan urusan orang ramai dalam membida nombor plat kenderaan masing-masing dengan mudah dan cepat selaras dengan perkembangan teknologi. Proses pengiklanan, bidaan, dan pembayaran dilakukan dalam talian melalui sistem urusniaga.

Sebelum dilakukan secara dalam talian (online), mungkin ramai tidak tahu bahawa bidaan nombor plat kenderaan telah dilakukan secara manual dan mengambil masa yang lama dengan proses yang agak leceh.

Cara Daftar JPJeBid

Untuk memulakan proses bidaan, pendaftaran perlu dilakukan terlebih dahulu pada Sistem Bidaan Nombor Pendaftaran Kenderaan ini.

Di bawah ini adalah langkah-langkah untuk mendaftar :

  1. Layari portal rasmi JPJeBID
  2. Untuk pengguna kali pertama, anda perlu klik “Daftar Baru”
  3. Anda perlu memilih kategori anda. Jika anda membida untuk kenderaan persendirian, sila pilih ‘Warganegara Malaysia’. Jika anda membida untuk syarikat, sila pilih ‘Syarikat/ Pertubuhan’.
  4. Sila isikan nombor kad pengenalan anda.
  5. Masukkan kod Captcha dengan tepat dan klik ‘Semak’
  6. Sila lengkapkan maklumat yang diperlukan dengan mengisi semua ruang yang disediakan dan klik pada butang ‘Daftar’.
  7. Sekiranya pendaftaran anda berjaya, notifikasi pendaftaran akan dipaparkan.
  8. Semak e-mel untuk mengesahkan pendaftaran dan klik pautan yang diberikan.
  9. Seterusnya, log masuk portal JPJeBid menggunakan ID dan kata laluan yang telah didaftarkan.
  10. Buat carian nombor pilihan. Hasil carian nombor pendaftaran yang terkini akan dipaparkan.
  11. Klik pada nombor pendaftaran yang ingin dibida, kemudian klik butang Bida.
  12. Isikan maklumat kad kredit bagi membuat pembayaran caj perkhidmatan.
  13. Kemudian, masukkan amaun bidaan dan klik Bida.
  14. Skrin pembayaran akan dipaparkan, masukkan maklumat kad kredit bagi membuat pembayaran amaun bidaan.
See also  Pemberian BLKM 2022 : Bantuan Lesen Keluarga Malaysia Untuk B40

Harga Bidaan, Deposit & Caj Perkhidmatan

Bagi setiap kategori nombor kenderaan yang dibida pada kali pertama, tiada deposit diperlukan tetapi pembida harus membayar harga minima atau lebih dari harga minima.

Setiap nombor kenderaan memerlukan satu bayaran minima mengikut jadual di bawah :

KategoriHarga Minima (RM)Kenaikan Bidaan Minima (RM)
Nombor Bernilai Utama20,000.001,000.00
Nombor Menarik3,000.00150.00
Nombor Popular800.0040.00
Nombor Biasa300.0015.00

Setiap amaun bidaan pertama yang dibida mestilah sama atau melebihi harga minima yang ditetapkan mengikut kategori.

JPJeBID ; Bidaan Nombor Plat JPJ Secara Online

Leave a Comment