Jadual Imunisasi Terkini Bermula November 2020 (Vaksin 6 Serangkai)

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menukar jadual program imunisasi kanak-kanak di seluruh klinik kesihatan negara.

Penukaran jadual ini akan berkuat kuasa secara berpringkat bermula November 2020 ini.

Jika sebelum ini, vaksin yang dinamakan 5 serangkai diberikan kepada kanak-kanak. Ianya telah ditukar kepada 6 serangkai.

Vaksin 6 serangkai ini lebih menjimatkan masa kerana jumlah suntikannya dikurangkan daripada tujuh kepada 5 suntikan sahaja.

Vaksin yang akan diberikan kepada kanak-kanak adalah;

  • difteria
  • tetanus
  • pertussis
  • polio
  • Hepatitis B
  • Haemophilus influenzae type b (hexavalent DTaP-IPV-HepB-Hib),

Jadual Terkini Imunisasi Vaksin Kanak-kanak 2020

Ini adalah jadualnya.

jadual vaksin terkini

Bilakah jadual baru imunisasi kanak-kanak ini bermula?

Bermula pada November 2020.

Berapakah jumlah suntikan yang diberikan?

5 suntikan.

Apakah nombor telefon boleh dihubungi pertanyaan mengenai imunisasi kanak-kanak?

 Hubungi 03- 8883 4042/03-8883 4504

See also  Permohonan BISTARI 2022 : Bantuan Ihsan Tabungan Pendidikan Negeri Sabah

Leave a Comment