Bagi Membantu Tindakan Saman Puteri Sarah, Ira Kazar dipanggil ke Pejabat JAWI

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) memanggil Ira Kazar untuk hadir ke pejabat mereka. Tindakan ini bagi membantu saman yang difailkan oleh Puteri Sarah.

Ira Kazar turut ditemani oleh keluarganya ketika hadir ke pejabat JAWI.

Pihak JAWI juga telah mengesahkan akan kehadiran mereka ke sana.

=====================

Terdahulu, Puteri Sarah, 37, memfailkan satu tindakan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan dua aduan di pejabat agama terhadap Ira yang didakwa kekasih kepada suaminya.

Puteri Sarah ketika ditemui di perkarangan pejabat Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) berkata, selepas hampir empat tahun menahan sabar dan menanggung derita, dia akhirnya bertekad untuk mengambil tindakan undang-undang.

Menurutnya, tujuan dia membuat tindakan itu adalah untuk mempertahankan maruahnya yang sudah tercalar dan sekian lama didiamkan selain menuntut keadilan dan memperjuangkan haknya sebagai wanita teraniaya.

Sebelum ini, rumah tangga Syamsul dan Puteri Sarah didakwa dilanda masalah disebabkan kehadiran orang ketiga.

Puteri Sarah juga mengakui sudah tidak tinggal sebumbung dengan Syamsul, malah mendakwa suaminya tahu kenapa dirinya bersikap ‘dingin’.

Syamsul juga dilaporkan mengaku tidak tinggal sebumbung, tetapi tidak bermaksud mahu berpisah.

Mereka berkahwin 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 5, dan Sumayyah, 3.

Leave a Comment