Insentif Kerjaya Madani Untuk Pekerja Muda Malaysia

Satu program yang dikenali sebagai Insentif Kerjaya Madani 2023 telah dilancarkan oleh Kementerian Sumber Manusia (KSM) sebagai langkah untuk memperkukuh 10 inisiatif perlindungan keselamatan sosial dan pemerkasaan pasaran buruh tempatan.

Insentif Kerjaya Madani merupakan lanjutan dari inisiatif yang terdapat dalam Belanjawan 2023. Program ini bertujuan untuk meningkatkan peluang kerja dan membantu penempatan pekerjaan kepada pelbagai kumpulan sasar.

Insentif ini akan membantu menciptakan ekonomi yang lebih kuat dan inklusif, di mana semua penduduk Malaysia memiliki kesempatan untuk mendapatkan pekerjaan dan perlindungan sosial.

Mulai 1 Mei 2023 kerajaan akan melaksanakan tiga Insentif Kerjaya Madani melalui Belanjawan 2023.

Golongan Sasaran Insentif Kerjaya Madani

Tujuan insentif ini diwujudkan adalah untuk mendorong majikan agar menawarkan pekerjaan kepada kumpulan sasaran yang melibatkan golongan-golongan berikut:

  1. Individu yang telah lama menganggur
  2. Orang asli
  3. Wanita
  4. Orang kurang upaya (OKU)
  5. Miskin tegar
  6. Individu diparol
  7. Bekas banduan

Jenis Insentif

Antara 3 jenis insentif adalah seperti berikut :

  • Program Daya Kerjaya
  • Program Daya Kerjaya TVET
  • Program Bina Kerjaya.

1. Program Daya Kerjaya

Mulai 1 Januari 2023, Program Daya Kerja akan memberikan bantuan kepada majikan yang merekrut pekerja baru dari golongan yang mudah terjejas.

Syarat kelayakan adalah :

  • Individu menganggur tegar/Belia yang menganggur secara berpanjangan.
  • Wanita/Ibu Tunggal atau suri rumah yang tidak aktif bekerja.
  • Tempoh menganggur sebelum pengambilan sekurang-kurangnya 2 bulan.

Kadar dan tempoh insentif :

  • RM600 kepada majikan bagi setiap pekerja.
  • Maksima 3 bulan kepada majikan.

2. Program Daya Kerjaya TVET

  • Program Transisi Pekerjaan telah dirancang khusus untuk membantu individu yang merupakan Perantisan TVET dan Lepasan Sekolah yang menghadapi pengangguran selama sekurang-kurangnya 60 hari. Mereka akan diberikan peluang untuk mengikuti Program Peningkatan Kemahiran melalui latihan yang akan ditanggung bayarannya sehingga RM4,000. Program ini mempunyai sasaran menerima sebanyak 17,000 permohonan.
See also  Drama Takdir Yang Tertulis: Tonton, Senarai Pelakon,Sinopsis

3.  Program Bina Kerjaya

Potensi individu untuk mendapatkan pekerjaan formal di Sektor Tidak Formal akan ditingkatkan melalui pengajian RP (pengiktirafan pencapaian terdahulu) atau Recognition of Prior Experiential Learning (RPEL), serta microcredential atau pensijilan profesional atau kompetensi yang diiktiraf oleh badan peneraju industri seperti ACCA, BOE, MIA.

Bayaran latihan sehingga RM4,000 dan elaun bulanan sebanyak RM300 selama 3 bulan akan diberikan kepada peserta latihan dan sasaran bagi program ini sebanyak 30,0000 permohonan.

Tarikh Permohonan

Permohonan dibuka bermula 1 Mei 2023 sehingga 31 Disember 2023.

Cara Membuat Permohonan

Jika anda berminat dan memenuhi syarat-syarat kelayakan yang telah disenaraikan, permohonan boleh dibuat melalui pautan berikut KERJAYA MADANI

Leave a Comment