Berikut adalah panduan untuk HRMIS 2.0: Sistem Pengurusan Maklumat Sumber Manusia yang merangkumi cara log masuk ke sistem serta beberapa maklumat penting lain yang perlu diketahui.
Aplikasi HRMIS versi 2.0 ini menggantikan versi sebelumnya dan kini wajib digunakan oleh semua penjawat awam di Malaysia, termasuk anggota tentera, guru, staf universiti, serta pelbagai agensi kerajaan.
HRMIS merupakan sebuah sistem yang dibangunkan khusus untuk mempermudahkan urusan pengurusan sumber manusia dalam kalangan penjawat awam. Antara fungsi utama yang disediakan oleh sistem ini ialah Pengurusan Gaji, Pengurusan Perubatan, Pengurusan Persaraan, Pertukaran Penempatan, Pengurusan Cuti, Penilaian Prestasi (KPI) dan banyak lagi.
HRMIS 2.0 Login
Berikut adalah langkah-langkah untuk log masuk ke sistem HRMIS 2.0 secara dalam talian:
- Layari laman web rasmi di pautan berikut: https://hrmis2.eghrmis.gov.my/HRMISNET/Common/Main/Login.aspx
- Klik pada ikon “Aplikasi HRMIS 2.0” di halaman utama.
- Masukkan ID Pengguna HRMIS pada ruangan yang disediakan.
- Kemudian, isikan kata laluan HRMIS anda.
- Akhir sekali, klik butang “Hantar” untuk mengakses sistem.
Sistem ini direka bagi memastikan urusan berkaitan pengurusan sumber manusia dapat dijalankan dengan lebih mudah dan pantas.
Lupa Kata Laluan
Bagi mereka yang lupa kata laluan yang diperlan untuk login ke sistem 2.0, berikut dikongsikan langkah-langkah yang perlu diikuti untuk mendapatkan kata laluan baru.
- Pada bahagian ” Log Masuk Pengguna” klik ” Lupa Kata Laluan”
- Masukkan ID Pengguna dan Tarikh Lantikan Pertama Ke Perkhidmatan Awam. Klik butang ” Hantar”.
3. Pengguna akan dibawa ke halaman untuk membuat verifikasii. Perkataan yang dipaparkan perlu ditaip semula. Klik “Hantar”
4. Sebuah emel akan dihantar kepada pengguna. Pautan yang terkandun di dalam emel tersebut perlu diklik sebagai proses untuk reset kata laluan.
5. Isi ruangan ID PENGGUNA, KATA LALUAN BARU dan ULANG KATA LALUAN BARU. Klik SET SEMULA.
6. Notifikasi akan sampai dan mengatakan ” Tukar Kata Laluan Berjaya ” akan terpapar. Klik Ok
7. Pengguna boleh cuba untuk login ke sistem 2.0 dengan kata laluan baru.
Login HRMIS Melalui Telefon Bimbit
Berikut adalah perkongsian untuk memuat turun aplikasi di telefon bimbit dari Google Play Store.
- Anda boleh terus ikuti pautan ini = https://play.google.com/store/search?q=hrmis&c=apps
Maklumat Lanjut HRMIS
Untuk sebarang maklumat lanjut berkaitan login HRMIS 2.0 Online Sistem Pengurusan Maklumat Sumber Manusia, rujuk butiran yang disediakan di bawah bagi memudahkan pengurusan :
- No. Tel = 03-83211400
- E-mel = [email protected] ( Sistem Pengurusan Meja Bantuan )
Soalan Lazim
Jika terlupa kata laluan login HRMIS ?
Di bahagian ” Log Masuk Pengguna” klik ” Lupa Kata Laluan ” . Dan ikuti panduan yang diberikan seperti perkongsian diatas.
Bolehkah login HRMIS menggunakan telefon bimbit ?
Yaa.. Anda boleh muat turun myHRMIS melalui Google Play Store dan login.
Apakah maksud HRMIS ?
HRMIS adalah satu sistem yang telah dibangunkan khas untuk penjawat awam bagi membantu melancarkan pengurusan dengan lebih sistematik dan berintegriti
Dimanakah hendak login masuk ke laman web HRMIS ?
Pastikan anda masuk ke laman web HRMIS yang rasmi seperti = https://hrmis2.eghrmis.gov.my/HRMISNET/Common/Main/Login.aspx
Semoga perkongsian maklumat berkaitan Login HRMIS 2.0 ini dapat membantu bagi mempermudahkan segala urusan khususnya para penjawat awam.