Harga Toyota Yaris 2023

Toyota Yaris adalah sebuah kereta bandar yang popular pada masa kini. Terdapat tiga jenis variasi yang menarik yang boleh didapati. Harga bagi kereta ini bermula dari RM 73,800 untuk model paling asas dan RM 87,600 untuk model teratas. Untuk mereka yang mencari pilihan pertengahan, Toyota Yaris boleh didapati dengan harga RM 83,300.

Saat ini, harga Toyota Yaris 2023 di Malaysia telah menarik perhatian masyarakat Malaysia. Oleh itu, kami akan kongsikan serba sedikit butiran penting mengenai model kereta Toyota yaris ini termasuk harga, ciri-cirinya dan kelebihan kereta ini yang dapat membantu anda membuat pilihan sebelum membeli sebuah kenderaan.

Senarai Harga Toyota Yaris

Ini adalah senarai harga terkini untuk kereta Toyota Yaris di Malaysia.

Model ToyotaSemenanjung (RM)Langkawi (RM)Sabah (RM)Sarawak (RM)Labuan (RM)
Yaris 1.5J (AT)73,80063,80076,29276,34265,301
Yaris 1.5E (AT)83,30070,30085,79285,84271,801
Yaris 1.5G (AT)87,60072,60090,09290,14274,101

Ciri-ciri Toyota Yaris

Antara ciri-cirinya adalah seperti berikut:

  • Toyota Yaris dilengkapi dengan 7 beg udara,¬†ABS, EBD dan VSC sebagai standard.
  • Sistem Telematik Kenderaan (VTS) disertakan sebagai standard dalam varian E&G, dan menjadi pilihan tambahan untuk semua varian yang juga termasuk pengecas tanpa wayar.

Kelebihan Toyota Yaris

Berikut adalah beberapa kelebihan kereta model Toyota Yaris.

1. Pengalaman Pemanduan yang Baik

  • Toyota Yaris menawarkan pemanduan yang sangat responsif dengan stering yang memberikan rasa berat yang sesuai.
  • Menjadikan pengalaman memandu yang lebih selesa

2. Tahap Ciri Keselamatan Tinggi

  • Kesemua varian kereta ini sudah mempunyai sistem keselamatan dan keselamatan tertinggi untuk menyokong anda memandu dengan selamat.
See also  Harga Minyak Masak Terkini

3. Paling Selasa dalam kelasnya

  • Dibandingkan dengan kereta lain dalam kelasnya, Toyota Yaris memberikan keselesaan yang lebih tinggi kerana kabinnya yang senyap dan penggantungan yang lembut serta fleksibel. Ini membuatkan anda berasa selesa walaupun pada kelajuan tinggi.

Pilihan Warna Toyota Yaris

Terdapat 3 pilihan warna yang ditawarkan bagi kereta model toyota Yaris ini, antaranya adalah :

  • Red Mica Metallic
  • Platinum White Pearl
  • Silver Metallic.

Leave a Comment