Permohonan Geran Kewangan MITRA 2022 Online

Geran Kewangan MITRA 2022 . Untuk makluman, Gerangan Kewangan MITRA diwujudkan bagi mengatasi masalah utama yang membelenggu masyarakat India di dalam negara iaitu mereka yang tergolong dalam golongan B40 selain tidak mendapat perkhidmatan kesihatan yang diperlukan, ketidakstabilan keluarga, dan lain-lain lagi.

Menerusi geran ini, NGO, Yayasan dan syarikat berdaftar akan diberikan bantuan kewangan bagi melaksanakan program-program pembangunan dan peningkatan taraf hidup masyarakat India di dalam negara.

Tarikh Permohonan & Jumlah Bantuan

Tarikh bagi permohonan Geran Kewangan MITRA 2022 boleh dibuat mulai 14 Mac hingga 13 Julai 2022.

Bagi jumlah bantuan pula, maksimum yang boleh dimohon oleh pemohon adalah tidak melebihi RM300,000.

Pihak Layak Memohon

Terdapat 3 pihak yang layak untuk membuat permohonan geran ini iaitu :

  1. Badan Bujkan Kerajaan (NGO) berdaftar
  2. Syarikat / Peniagaan berdaftar
  3. Yayasan Berdaftar

Kategori Permohonan

terdapat dua kategori permohonan yang boleh dipohon menerusi geran ini iaitu :

  • Kategori 1 : Menaik taraf ekonomi dan keusahawanan melibatkan pembangunan kemahiran profesional dan keusahawanan.
  • Kategori 2 : Memperkasakan wanita ke arah kesaksamaan gender, meningkatkan akses, penyaluran maklumat, kesejahteraan wanita dan wanita terpinggir.

Cara Memohon Permohonan Geran Kewangan MITRA 2022 Online

Geran Kewangan MITRA 2022

Cara untuk membuat permohonan geran ini, sila ikuti lngkah-langkah dibawah :

  1. Layari laman web rasmi = https://aplikasi.perpaduan.gov.my/spgkm/
  2. Klik butang ‘Daftar’.
  3. Isi maklumat yang diperlukan dan klik ‘Daftar Akaun’.
  4. Log ini dengan memasukkan alamat email dan kata laluan.
  5. Setelah login, klik butan ‘Tambah +’ dan klik butang ‘Permohonan Baru’.
  6. Isi semua maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan betul, disetiap bahagian.
  7. Klik butang ‘Hantar’ .

Maklumat Lanjut

Untuk pertanyaan lanjut mengenai Geran Kewangan MITRA 2022, anda boleh terus menghubungi 03-8091 8198 atau anda juga boleh menghantar email ke infomitra@perpaduan.gov.my.

Soalan Lazim

Siapakah pihak yang layak untuk membuat permohonan ini ?

1. Badan Bukan Kerajaan (NGO) Berdaftar
2. Syarikat / Perniagaan Berdaftar
3. Yayasan Berdaftar

Berapakah jumlah bantuan yang boleh dimohon ?

Jumlah bantuan maksimum yang boleh dimohon adalah tidak melebihi dari RM300,000.00

Leave a Comment