Eyka Farhana dan Akhyar Rashid Rancang Nikah Tahun Depan

admin

eyka akhyar

KUALA LUMPUR: Pelakon Eyka Farhana mengumumkan perancangan untuk melangsungkan pernikahan bersama tunangnya, pemain bola sepak kebangsaan Akhyar Rashid, pada tahun hadapan. Walaupun belum bersedia untuk berkongsi tarikh tepat perkahwinan, Eyka berharap segala urusannya dipermudahkan.

“Insya-Allah, tahun depan. Doakan yang baik-baik untuk saya dan semoga dipermudahkan urusan sampai ke hari perkahwinan,” katanya kepada Harian Metro.

Eyka, yang bertunang dengan Akhyar pada 4 Ogos lalu, meluahkan rasa syukur dan kegembiraan setelah mengikat tali pertunangan. “Alhamdulillah, rasa lebih tenang dan sudah tentu saya gembira. Apapun doakan saya,” tambahnya.

Kelmarin, Eyka akhirnya mendedahkan statusnya sebagai tunangan Akhyar setelah tiga bulan menyimpan rahsia tersebut daripada umum. Pelakon berusia 29 tahun ini pada awalnya merahsiakan perhubungan, tetapi sejak 2020 semakin terbuka berkongsi kisah cintanya bersama Akhyar.

See also  Ayda Jebat Terharu Diberi Kepercayaan di SFMM 39

Leave a Comment