ePerolehan 2020: Login dan Daftar Online

ePerolehan 2020: Login dan Daftar Online. Berikut adalah perkongsian bagi mereka yang masih tercari-cari cara login dan daftar online.

ePerolehan

Sedikit mengenai ePerolehan yang masih tidak tahu.

ePerolehan merupakan satu sistem perolehan atas talian, yang membolehkan pembekal menawarkan produk dan perkhidmatan kepada kerajaan Malaysia secara online.

ePerolehan juga berperanan sebagai salah satu cara untuk pembekal mendaftar dan memperbaharui Sijil Kementerian Kewangan Malaysia ( MOF )

Sistem ePerolehan secara “Paperless” ini sebenarnya membantu untuk lebih mudah, menjimatkan kos, masa dan tenaga.

Cara Login ePerolehan

Berikut adalah cara login ePerolehan .

ePerolehan 2020
  1. Layari lama web rasmi dari kerajaan = https://www.eperolehan.gov.my/
  2. Lihat senarai pautan yang tersedia
  3. klik Log Masuk Ke ePerolehan ( ikon berwarna hijau sebelah kiri )
  4. Masukkan ID Log Masuk ke ePerolehan
  5. Masukkan kata laluan
  6. Klik Log Masuk
  7. Kini anda sudah masuk dalam sistem eperolehan online
ePerolehan 2020

Pendaftaran ePerolehan

Kepada mereka yang belum lagi mendaftar ePerolehan ataupun sebagai pengguna baru, mereka perlu daftar dahulu ePerolehan sebagai pembekal dahulu.

Cara Daftar ePerolehan

  1. Sila daftar melalui lawan web rasmi = https://www.eperolehan.gov.my/
  2. Lihat senarai yang tersedia di pautan
  3. Klik Permohonan ID Log Masuk Dan Kata Laluan Baharu. ( Klik Ikon yang berwarna biru tua )
  4. Baca terma dan syarat
  5. Masukkan nombor dan aksara captcha yang dikehendaki
  6. Klik seterusnya
  7. Menegesahkan bahawa maklumat Pentadbir Pembekal yang dilantik adalah tepat dan benar
  8. Untuk pengesahan syarikat, sila masukkan :
  • No. Pendaftaran Kementerian Kewangan ( MOF )
  • Nama Syarikat
  • Nombor Pendaftaran Perniagaan

9 . Pastikan status pendaftaran dengan MOF masih lagi sah dan belum tamat tempoh
10 . Selesaikan sehingga selesai
11 . Selesaikan nombor pendaftaran MOF dengan menjadi pembekal baru, dan segalanya akan menjadi mudah.

ePerolehan

Soalan Lazim

Apakah yang diperlukan untuk pengesahan syarikat ?

1. No. Pendaftaran Kementerian Kewangan MOF
2. Nama syarikat
3 . Nombor daftar perniagaan

Dimanakah hendak mengetahui terma dan syarat ?

pemohon boleh terus baca disini = https://www.eperolehan.gov.my/supplier-onboarding

Apakah yang diperlukan jika ID pengguna terlupa ?

pengguna perlu masukkan alamat e-mel yang berdaftar

Bilakah tempoh penyelenggraan dilaksanakan ?

Tempoh penyelenggaraan dilaksanakan setiap mingguan iaitu pada hari Jumaat 10.00 malam sehingga 6.00 pagi pada hari sabtu.

Leave a Comment