e-syariah Semakan Status Perkahwinan

Portal e-syariah telah diwujudkan oleh kerajaan yang merupakan satu pangkalan data mengenai status perkahwinan dan penceraian seseorang individu. Ramai yang tidak tahu mengenai portal tersebut.

Portal ini sangat berguna sekiranya anda ingin memeriksa atau menyemak status pasangan anda sama ada pasangan anda sudah berkahwin ataupun tidak sebelum melangsungkan perkahwinan.

Dengan data yang disediakan, tidak dibenarkan bagi individu lelaki yang beragama Islam untuk melakukan penipuan atau mengaku status solo/duda dan menikah lagi tanpa pengetahuan pihak lain.

Untuk dapat menggunakan segala kemudahan yang disediakan dalam portal ini, langkah pertama yang perlu dilakukan adalah anda perlu mendaftar terlebih dahulu.

Kemudahan Yang Disediakan

Anda sebagai pengguna portal akan mendapatkan perkhidmatan secara percuma seperti berikut :

  • Pra-Pendaftaran Dalam Talian.
  • Langganan Surat Berita E-Syariah.
  • Penyemakan Status Kes Syariah Dalam Talian.
  • Ahli yang berdaftar sebagai Peguam Syarie boleh menyemak status kes klien di seluruh negeri.
  • Ahli yang berdaftar sebagai Pendakwa Syarie boleh menyemak status kes di seluruh Negara dalam talian.

Semak Status Di e-Syariah

Bagi orang islam yang telah mendaftarkan perkahwinan mereka secara sah mengikuti undang-undang Malaysia boleh mendaftarkan permohonan. Proses ini boleh dilakukan di Mahkamah Syariah tempat mereka tinggal.

Untuk semakan status perkahwinan boleh dilakukan dengan melayari portal rasmi e-Syariah melalui pautan berikut http://www.esyariah.gov.my/

Maklumat perkahwinan atau penceraian seseorang individu akan dipaparkan dalam laman portal ini. Anda hanya perlu masukkan nombor kad pengenalan untuk membuat semakan.

Untuk pengetahuan semua, maklumat yang dipaparkan dalam laman ini diperoleh daripada Jabatan Agama Islam di semua Negeri di Malaysia, termasuk Semenanjung, Sabah, dan Sarawak.

See also  Permohonan Bantuan Anak Selangor

Soal Jawab Perkahwinan

Di dalam portal ini juga soal jawal mengenai perkahwinan juga telah disediakan yang berkaitan dengan :

  1. Perceraian
  2. Perkahwinan
  3. Fasakh
  4. Li’an
  5. Hadhanah
  6. Faraid
  7. Mutaah
  8. Umum

Pernikahan memiliki pengaruh yang sangat besar dalam kehidupan kita, baik secara positif mahupun negatif. Oleh karena itu, pernikahan bukanlah suatu hal yang dapat dianggap remeh.

Semoga apa yang kami kongsikan dalam artikel ini dapat membantu dalam memudahkan urusan anda.

Leave a Comment