E-Pengambilan TUDM

Permohonan pengambilan TUDM dibuka untuk pelajar lepasan SPM/SKM dan Diploma yang berminat dan berkelayakan. Permohonan terbuka buat seluruh warganegara Malaysia tidak kira kaum lelaki atau perempuan.

Untuk pengetahuan anda, permohonan Perajurit Muda TUDM 2023 boleh dibuat secara online melalui Portal Rasmi e-Pengambilan TUDM mulai 13 Mac 2023 hingga 30 April 2023. Dalam artikel ini, kami akan kongsikan serba sedikit cara membuat permohonan TUDM secara online yang boleh dijadikan panduan dan rujukan anda. Semoga dapat membantu.

Apa itu TUDM ?

Tentera udara merupakan pasukan udara yang bertanggungjawab dalam menjaga ruang udara negara daripada serangan musuh luar. Selain itu, mereka juga berperanan sebagai pasukan bersenjata udara yang melaksanakan tugas peperangan udara apabila terdapat ancaman daripada pihak luar.

Permohonan TUDM 2023 Online

Berikut adalah maklumat untuk membuat permohonan TUDM (Tentera Udara Diraja Malaysia) secara online termasuk syarat kelayakan permohonan dan semakan status.

Cara Permohonan, anda boleh ikuti langkah-langkah seperti di bawah.

  1. Daftar sebagai pemohon (bagi yang belum mempunyai akaun pemohon) di pautan https://kerjayadanpengambilantudm.mil.my/
  2. Seterusnya, Log masuk ke bahagian pemohon.
  3. Kemaskini maklumat peribadi, maklumat SPM/SVM, maklumat Sijil/Diploma dan maklumat sukan.
  4. Isi borang permohonan pada tarikh yang ditetapkan dan pilih Pusat Pemilihan Awal yang berhampiran dengan anda.

Syarat Permohonan

Antara syarat-syarat permohonan adalah seperti berikut.

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur 18 tahun hingga tidak melebihi 25 tahun pada 1 Nov 2023.
  3. Bagi calon wanita “Tidak Berkahwin”
  4. Penglihatan –
    • Boleh melihat dengan jelas tanpa cermin mata atau kanta lekap
    • Tidak rabun warna.
  5. Pendengaran – Tahap pendengaran yang baik tanpa alat bantuan pengdengaran
  6. Memiliki tahap kecergasan jasmani yang tinggi.
  7. Taraf kesihatan – sihat, tidak cacat anggota badan, tidak pernah mengalami kecederaan serius seperti patah tulang, tidak menghidap penyakit lelah, tidak mempunyai penyakit kronik dan tidak mempunyai penyakit keturunan.
See also  Permohonan Jawatan Guru KAFA Negeri Sembilan 2022
SYARAT FIZIKAL
  1. Tinggi:
    • Ukuran Tinggi Minima Lelaki 1.65 m
    • Ukuran Tinggi Minima Wanita 1.57 m
  2. Berat:
    • Berat Badan Minima Lelaki 49 kg
    • Berat Badan Minima Wanita 45.0 kg
  3. Indeks Jisim Badan (BMI) :
    • Indeks Jisim Badan Lelaki dan Wanita Diantara 18 hingga 25
KELAYAKAN AKADEMIK
  1. SPM – Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. [Gaji Permulaan : RM1,564.00]
  2. SVM – Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan. [Gaji Permulaan : RM1,564.00]
  3. SKM TAHAP 2 – Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan : RM1,630.01]
  4. SKM TAHAP 3 – Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan : RM1,696.02]
  5. DIPLOMA KEJURUTERAAN – Diploma dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan : RM2,026.07]

Leave a Comment