e-Operasi : Login Modul Pengurusan Guru 2020

e-Operasi : Login Modul Pengurusan Guru 2020 merupakan satu Modul Pengurusan Guru yang telah dibangunkan oleh Bahagian Pengurusan Maklumat iaitu ( BPM ) bagi memudahkan dalam melancarkan sistem pentadbiran dalam pengurusan yang melibatkan sekolah, guru dan murid-murid.

Modul ini melibatkan pengurusan data berkaitan guru dan bukan guru yang mana melibatkan beberapa kategori pengguna iaitu ;

  • Pentadbir siitem ( Pengurusan KPM di peringkat Bahagian, Negeri, Daerah dan Sekolah )
  • Pengguna ( Guru dan bukan guru )

Sistem pengurusan sekolah ini juga dibahagikan kepada 3 modul pengurusan KPM, antaranya :

  • Modul Pengurusan Guru ( eOperasi )
  • Modul Pengurusan Sekolah ( EMIS )
  • Modul Pengurusan MUrid ( APDM )

Untuk makluman, setiap guru wajib melaksanakan verifikasi data guru melalui sistem e-Operasi 2020.

Login eOperasi Online

e-Operasi
  • Masukkan ID anda dan juga kata laluan pada ruang yang disediakan ( dibahagian kiri )
  • Masukkan No. Kad Pengenalan dan Klik Login.

Lupa Kata Laluan

Sekiranya pengguna menghadapi masalah untuk login disebabkan terlupa kata laluan, kata laluan tersebut boleh diperolehi dengan hanya mengikuti langkah-langkah di bawah :

eOperasi
  • Tekan butang Lupa Kata Laluan
  • Masukkan No. Kad Pengenalan pada ruangan yang disediakan
  • Tekan butang Hantar
  • Pengguna akan menerima kata laluan melalui emel yang telah didaftarkan.

Tukar Kata Laluan

eOperasi
  1. Sekiranya pengguna ingin menukar kata laluan, klik butang “ Tukar Kata Laluan.
  2. Masukkan maklumat yang diperlukan bagi pengesahan. ( Maklumat berkaitan soalan keselamatan dan jawapan adalah sama seperti membuat pedaftran pengguna ),
  3. Tekan butang Hantar,

Pengguna Baru

Untuk pengguna kali pertama, anda perlu membuat pendaftaran pengguna baru.

Klik ” Pendaftran Pengguna ” atau terus layari = https://eoperasi.moe.gov.my/dr_login/sign_up.cfm

  1. Pengguna perlu mengisi ruangan dengan teliti. Supaya tiada masalah ketika log masuk ke dalam sistem.
  2. Tekan butan SIMPAN untuk proses pendaftaran.
  3. Pengguna boleh terus ke ruangan LOG MASUK untuk menggunakan sistem dan butiran pendaftaran dihantar ke alamat emel yang telah diisi.

Soalan Lazim

Sekiranya terlupa kata laluan ?

Pengguna hanya tekan pautan ” Lupa kata laluan” dan ikuti langkah seperti dikongsikan.

Jika terdapat maklumat yang tidak betul atau tepat, Apa yang perlu dilakukan ?

Terus sahaja maklumkan ke pada PK1,PK2,PK3

Bolehkah menukar kata laluan ?

Yaa. Hanya tekan butang ” Tukar Kata Laluan ” dan masukkan maklumat yang diperlukan bagi pengesahan.

Apakah maklumat yang diperlukan bagi pendaftaran pengguna baru ?

maklumat yang diperlukan : Nama, No. Kad Pengenalan, No. Gaji dan Emel

Semoga perkongsian mengenai maklumat berkaitan e-Operasi Login Modul Pengurusan Guru ini dapat memberi manfaat serta memudahkan segala urusan.

Leave a Comment