Cara Mohon Pakej 5G Rahmah

Pada 29 Ogos 2023, Menteri Komunikasi dan Digital, YB Fahmi Fadzil, telah melancarkan Pakej 5G RAHMAH dan Insentif Pascabayar RAHMAH Penjawat Awam di Putrajaya.

Kerajaan Perpaduan telah mengambil langkah serius untuk mengurangkan jurang digital dan memastikan rakyat Malaysia dapat mengakses internet berkualiti dengan harga yang berpatutan. Untuk mencapai matlamat ini, Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) telah mengumumkan pakej perkhidmatan internet yang sangat berpatutan, yang dikenali sebagai pakej 5G Rahmah yang menawarkan harga yang lebih rendah berbanding pakej yang sedia ada di pasaran.

Pakej 5G Rahmah adalah tawaran istimewa yang mencakup:

  1. Akses kepada perkhidmatan 5G dan telefon pintar pada harga RM240.
  2. Kelajuan data minimum 60GB.
  3. Pelan pascabayar serendah RM60 sebulan.

Tawaran ini berlaku mulai dari 31 Ogos hingga 31 Disember 2023. Tambahan pula, semua penjawat awam Malaysia berpeluang untuk mendapatkan rebat bulanan sebanyak RM10 melalui Insentif Pascabayar RAHMAH Penjawat Awam. Rebat ini akan berlangsung selama 12 bulan bermula dari 16 September hingga 31 Disember 2023.

Syarat Kelayakan

Pakej 5G Rahmah ini layak untuk dibeli oleh semua rakyat Malaysia yang memenuhi syarat di bawah:

  • Belia (12-30 tahun)
  • Golongan B40
  • Orang Kurang Upaya (OKU)
  • Warga Emas (60 tahun ke atas)
  • Veteran Polis dan Angkatan Tentera Malaysian

Kelebihan Pakej 5G Rahmah

Terdapat beberapa kelebihan yang anda perolehi daripada pakej 5G Rahmah. Antaranya adalah:

  1. Kelajuan internet yang tinggi
  2. Kadar lengahan yang rendah (1milisaat)
  3. Mampu menghubungkan lebih banyak peranti bagi setiap 1 km persegi

Cara Permohonan Dan Pendaftaran Pake 5G Rahmah

Sekiranya anda ingin membeli dan mendaftrar pakej 5G Rahmah ini, anda boleh membeli melalui dua cara berikut:

  1. Bersemuka di pusat jualan telco
  2. Dalam talian melalui sesawang telco yang terlibat
See also  DELIMa : Login Aplikasi DELIMa 2.0 KPM

Dapatkan maklumat lanjut di laman web telco yang mengambil bahagian atau hadir ke cawangan pusat jualan telco yang terdekat.

Semoga apa yang kami kongsikan dalam artikel ini dapat memudahkan dan membantu urusan anda untuk mendapatkan pakej 5G rahmah. Semoga bermanfaat.

Leave a Comment