Cara Jumper Kereta Dengan Betul

Penjagaan bateri kereta sering diabaikan oleh banyak pemilik kereta. Oleh itu, anda perlu memeriksa voltan bateri kereta secara berkala dan menukar bateri sekurang-kurangnya setiap dua tahun untuk memastikan bateri berfungsi dengan baik. Secara umum, bateri kereta biasanya bertahan maksimum sekitar lima tahun. Namun, jangka hayatnya bergantung pada jenis bateri yang anda pakai.

Sekiranya masalah seperti enjin kereta yang sukar dihidupkan terutamanya pada waktu pagi pernah dialami, ini menunjukkan bahawa bateri kereta anda sudah semakin lemah dan perlu ditukar. Dalam beberapa kes, bantuan jumper bateri kereta mungkin diperlukan untuk membantu enjin kereta anda dihidupkan semula.

Justeru itu, adalah penting untuk selalu memiliki kabel jumper (atau power bank jumper) di dalam kereta agar kita selalu siap menghadapi situasi yang tidak terduga seperti ini.

Di sini, kami akan kongsikan langkah-langkah untuk jumper kereta dengan betul dan selamat.

Cara-cara Untuk Jump-start Bateri Kereta

Berikut adalah langkah-langkah yang boleh anda ikuti untuk jumper kereta anda.

  1. Anda memerlukan sebuah kereta yang memiliki bateri yang masih berfungsi dengan baik.
  2. Sila letakkan kereta itu berhampiran dengan kereta yang baterinya telah mati.
  3. Pastikan untuk matikan enjin kedua-dua kereta. Cabut kunci dan buka bonet hadapan kenderaan anda.
  4. Sila ambil kabel jumper. (Pakai sarung tangan sekiranya ada)
  5. Sambung Kabel Jumper Kereta – Klip Positif
    • Klip kabel jumper kereta perlu disambungkan dengan hati-hati. Langkah pertama adalah dengan menghubungkan terminal positif kabel jumper kereta ke terminal positif bateri kereta ‘Penderma’. Terminal positif ini biasanya dilindungi oleh penutup plastik berwarna merah yang mempunyai simbol tambah (+). Kemudian, hubungkan hujung klip kabel jumper kereta yang lain ke terminal positif bateri kereta yang mengalami masalah.
  6. ambung Kabel Jumper Kereta – Klip Negatif
    • Kemudian, pasangkan klip kabel jumper berwarna hitam (negatif) ke terminal negatif bateri kereta ‘Penderma’. Selepas itu, sambungkan hujung klip kabel jumper yang satu lagi ke sesuatu yang terbuat dari logam dan tidak mempunyai cat pada kereta yang rosak seperti batang besi di bahagian depan bonet.
  7. Hidupakn enjin kereta ‘Penderma’ dan tunggu beberapa minit.
  8. Hidupkan enjin kereta anda
  9. Sekiranya enjin kereta anda hidup, biarkan enjin kedua-dua kereta hidup selama5-10 minit.
  10. Matikan kedua-dua kereta dan cabut kabel jumper yang dipasangkan tadi.
  11. Hidupkan semula kereta dan biarkan enjin berjalan selama 30 minit untuk mengisi semula bateri.
See also  Berapa Kali Permohonan i-Lestari Perlu dibuat?

Leave a Comment