Cara Hilangkan Double Chin Dengan Mudah

Banyak di antara kita yang mengalami masalah double chin. Terdapat situasi di mana double chin boleh mempengaruhi penampilan seseorang. Bagi wanita, mungkin ia dapat disembunyikan dengan tudung, tetapi bagi lelaki ia mungkin agak mencabar. Meskipun double chin ini tidak terlalu ketara, ia masih sedikit mengganggu terutamanya semasa mengambil gambar atau selfie.

Namun, jangan risau. Saat ini terdapat banyak cara yang dapat anda gunakan untuk menghilangkan double chin. Oleh karena itu, di sini kami akan membahas beberapa cara mudah untuk mengatasi masalah double chin ini.

Cara Hilangkan Double Chin

Berikut adalah beberapa cara yang boleh anda gunakan. Antaranya adalah:

1. Senaman Muka Rutin

Double chin dapat dikurangkan dengan senaman muka dan memberikan kontur yang lebih baik pada dagu. Sebagai contoh, latihan menarik bibir ke atas dan mengepalkan rahang dapat membantu mengurangkan penampilan lemak di kawasan dagu.

2. Kuruskan Badan

Diet seimbang dan aktiviti fizikal yang aktif perlu diambil kira untuk menjaga berat badan. Berat badan yang berlebihan adalah faktor utama bagi double chin.

Lemak di seluruh badan, termasuk kawasan dagu, boleh dikurangkan dengan menjalani diet seimbang dan senaman rutin.

3. The Kiss

Untuk menggunakan cara ini. Pertama sekali, dengan berdiri dongakkan kepala sambil pandang atas. Kemudian, muncungkan bibir selama 5 minit. Setelah itu, relaks dan tegakkan semula kepala serta buat sekali lagi sehingga 15 kali.

4. Jaw Jut

Kaedah ini anda boleh lakukan dengan cara:

  • Dongakkan kepala sambil melihat ke atas.
  • Tolak rahang bawah ke depan sehingga terasa stretching di bawah dagu.
  • Kira hingga mencapai 10, kemudian relaks kan semula rahang anda.
  • Lakukan tindakan ini sebanyak 10 kali.
See also  Warga emas maut kemalangan adalah pasangan suami isteri

5. Neck Roll

Langkah-langkah yang perlu anda lakukan untuk kaedah ini adalah seperti berikut:

  • Berdiri dan tundukkan kepala sehingga dagu mencecah ke dada.
  • Pusingkan kepala anda ke kanan dengan perlahan dan tahan dalam masa kiraan 5.
  • Kembalikan kepala ke posisi asal.
  • Kemudian, pusingkan kepala ke kiri dengan perlahan dan tahan selama 5 kiraan
  • ¬†Ulang semula dalam masa 30 saat.

Leave a Comment