Cara Download Video Dari Instagram

Kebanyakan orang yang menggunakan Instagram mencari cara untuk memuat turun video dari Instagram. Ini disebabkan oleh kandungan menarik yang terdapat di Instagram yang membuat pengguna ingin memuat turun video tersebut.

Tapi seperti yang kita tahu, Instagram adalah platform media sosial yang sangat popular yang tidak menyediakan fungsi untuk memuat turun video dan foto secara langsung dari aplikasi tersebut. Ini dilakukan dengan tujuan untuk melindungi privasi para pengguna yang menggunakan platform ini.

Mesti anda ingin tahu bagaimana cara untuk menyimpan video dari Instagram. Oleh itu, kami akan kongsikan beberapa cara yang anda boleh gunakan untuk menyimpan video di aplikasi tersebut.

Cara Download Video Instagram

Berikut adalah beberapa cara yang boleh anda lakukan untuk muat turun video dari Instagram.

1. Savefrom.net

Laman web ini menawarkan pelbagai fungsi untuk memuat turun video dari pelbagai laman web. Untuk Instagram caranya adalah seperti berikut:

  • Buka aplikasi Instagram, pilih video yang ingin anda muat turun.
  • Klik pada ikon tiga titik di sudut kanan atas.
  • Klik “salin pautan”
  • Buka laman web en.savefrom.net.
  • Pada halaman utama, pilih “instagram.com”.
  • Kemudian, masukkan pautan tadi dan salin ke dalam ruang “Paste your video link here”.
  • Tekan “Download”
  • Selesai

2. Instadownloader.co

Untuk download video dari Instadownloader.co, berikut adalah cara-caranya:

  • Buka aplikasi Instagram, pilih video yang ingin anda muat turun.
  • Klik pada ikon tiga titik di sudut kanan atas.
  • Klik “salin pautan”
  • Buka laman web Instadownloader.co
  • Sila masukkan pautan yang telah disalin ke dalam “Put Instagram link here”
  • Setelah itu, klik pada “Download”
  • Klik butang HD MP4 untuk memulakan muat turun video.
See also  Semakan HLP 2023

3. DownloadGram

  • Buka aplikasi Instagram, pilih video yang ingin anda muat turun.
  • Klik simbol titik tiga di bahagian atas video.
  • Pilih “Salin Pautan” untuk menyalin pautan video tersebut.
  • Setelah itu, buka web browser DownloadGram
  • Paste link yang disalin
  • Klik “Download”

4. Igram.io

Sekiranya anda ingin gunakan Igram.io untuk muat turun video dari Instagram, anda boleh ikuti cara-cara berikut:

  • Buka aplikasi Instagram, pilih video yang ingin anda muat turun.
  • Klik pada ikon tiga titik di sudut kanan atas.
  • Klik “salin pautan”
  • Buka laman web Igram.io
  • Paste link yang disalin di “Insert instagram link here”.
  • Klik download

Berikut adalah cara untuk memuat turun video dari Instagram yang boleh anda gunakan. Dengan menyimpan video yang anda inginkan, anda dapat menonton video tersebut dengan mudah tanpa sambungan internet.

Leave a Comment