Cara Daftar SPM Persendirian

SPM merupakan peperiksaan yang sangat penting di Malaysia di mana ia menentukan tahap pendidikan pelajar. Kebanyakan majikan menetapkan syarat minimum SPM bagi calon yang ingin bekerja di syarikat mereka. Biasanya, pelajar tingkatan 5 di semua sekolah di Malaysia mengambil SPM. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bertanggungjawab dalam menyediakan penilaian bertulis seperti SPM untuk memastikan ia sentiasa memenuhi piawaian yang ditetapkan.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyedari bahawa terdapat individu yang tidak dapat mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) semasa berada di Tingkatan 5 atas pelbagai sebab. Oleh itu, KPM menyediakan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) persendirian kepada mereka yang berminat untuk menduduki peperiksaan ini.

Bagi tahun 2023, pendaftaran calon persendirian SPM boleh dilakukan secara atas talian dengan penawaran dua sesi iaitu sesi Jun dan sesi November.

Berikut kami kongsikan panduan pendaftaran calon persendirian SPM secara dalam talian sebagai panduan kepada semua yang ingin mendaftar.

Cara Daftar Calon SPM Persendirian

  1. Layari laman web yang telah disediakan di pautan https://sppat2.moe.gov.my/
  2. Sila masukkan butiran yang diperlukan seperti yang tertera, kemudian tekan butang “Mohon”
  3. Sila sahkan maklumat yang telah diberikan dan tekan butang “Teruskan” untuk melanjutkan proses
  4. Sila lengkapkan maklumat peribadi yang diminta
  5. Sila tandakan mata pelajaran yang ingin diambil, kemudian tekan butang teruskan
  6. Jumlah bayaran akan dipaparkan berdasarkan mata pelajaran yang telah dipilih
  7. Sila pilih pusat peperiksaan yang anda inginkan dan tekan butang “Teruskan”. Kekosongan akan ditunjukkan berdasarkan jumlah tempat yang masih tersedia di pusat peperiksaan tersebut
  8. Pastikan maklumat yang anda berikan adalah betul dan tandakan ruangan “Akur Janji” sebelum menghantar permohonan anda
  9. Sila pastikan anda mencetak dokumen senarai semak pendaftaran SPMU dan kenyataan semakan untuk rujukan anda
See also  Permohonan Bantuan Dermasiswa IPT/Pondok 2022 (Online)

Kadar Bayaran

Berikut adalah kadar bayaran yang telah ditetapkan untuk peperiksaan SPM:

  • Bayaran Asas: RM20.00
  • Bayaran Mata Pelajaran
    – 119 Bahasa Inggeris: RM20.50
    – Mata Pelajaran Tanpa Pentaksiran Pusat: RM10.50
    – Mata Pelajaran Dengan Pentaksiran Pusat: RM12.00
  • Bayaran Calon Lewat: RM150.00

Leave a Comment