Cara Daftar Setel

Pada zaman yang serba canggih ini, penggunaan aplikasi dalam talian semakin meluas. Banyak orang kini dapat menyelesaikan aktiviti harian mereka hanya dengan menggunakan aplikasi di telefon pintar mereka. Penggunaan aplikasi atau apps memudahkan banyak orang dalam menyelesaikan urusan harian termasuk mengisi minyak.

Sekarang terdapat satu aplikasi yang dapat digunakan untuk mempermudah urusan mengisi minyak. Di Petronas, anda tidak perlu lagi membuat pembayaran di kaunter, tetapi hanya perlu menggunakan aplikasi Setel untuk membuat pembayaran secara dalam talian.

Apa Itu Setel ?

Setel adalah sebuah sistem pembayaran mudah alih yang membolehkan anda membuat pembelian petrol di stesen PETRONAS terpilih. Ia dicipta untuk supaya anda dapat mengisi minyak tanpa perlu ke kaunter. Anda hanya perlu melakukan pembayaran petrol dari dalam kenderaan anda sendiri.

Untuk memudahkan urusan anda, sila muat turun aplikasi Setel ke dalam peranti anda. Anda boleh muat turun aplikasi tersebut melalui Play Store bagi pengguna android dan Apple Store bagi pengguna IOS.

Cara Daftar Aplikasi Setel

Bagi pengguna yang baru pertama kali, berikut adalah langkah-langkah untuk mendaftar Setel:

  1. Buka aplikasi yang telah anda muat turun
  2. Tekan pada Register
  3. Sila isi maklumat yang diperlukan seperti:
    • Full Name, Mobile Phone Number, Email, Password dan Promo Code (Sekiranya ada)
  4. Tick pada Send Setel promosi and deals to my email (sekiranya anda berminat)
  5. Kemudian, tekan Register
  6. Sila masukkan kod pengesahan 6 digit yang telah anda terima melalui SMS
  7. Pada laman seterusnya, anda perlu mengaktifkan fungsi Lokasi/Navigasi/GPS pada telefon pintar anda
  8. Klik pada “Create PIN”, dan ciptakan PIN yang anda inginkan. Setelah itu, sila sahkan sekali lagi PIN anda untuk menetapkannya pada akaun anda
  9. Anda juga mempunyai pilihan untuk menggunakan fungsi cap jari (fingerprint) untuk akaun anda sebagai langkah keselamatan tambahan
  10. Kemudian, anda perlu menetapkan kad kredit atau kad debit anda untuk fungsi tambah nilai ke aplikasi Setel
  11. Terakhir, tekan pada “GET STARTED”. Dengan itu, pendaftaran akaun anda telah selesai
See also  Cara Penggunaan Google Payment

Kelebihan Setel App

  1. Anda berpeluang untuk mendapatkan rebat petrol yang sangat menarik. Sebagai contoh, anda dapat memperoleh rebate petrol tanpa perlu membayar apa-apa
  2. Tidak lagi diperlukan bagi anda untuk pergi ke kaunter pembayaran untuk melakukan pembelian petrol.
  3. Tidak perlu mengeluarkan kad kredit atau kad debit untuk pembelian di pam
  4. Rekod pembelian petrol atau mengisi minyak direkodkan secara automatik ke dalam kad Mesra
  5. Anda akan menerima resit pembayaran secara langsung melalui emel anda

Leave a Comment