Cara Daftar MyJPJ Secara Online

Sebagai pengguna jalan raya, sudah pasti anda tidak terlepas daripada berurusan dengan pihak JPJ.

Pada 10 Februari 2023, kerajaan mengumumkan langkah digitalisasi untuk perkhidmatan teras Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), iaitu Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan Lesen Memandu Malaysia (LMM) Persendirian. Langkah ini akan dilaksanakan melalui aplikasi MyJPJ. Dengan ini, lesen kenderaan dan memandu dapat diuruskan secara dalam talian dengan lebih mudah dan cepat oleh pengguna.

Apa itu MyJPJ ?

Aplikasi MyJPJ telah diwujudkan sebagai inisiatif kerajaan bagi memudahkan urusan rakyat dan membantu dalam mengurangkan kesesakan di JPJ.

Dengan aplikasi MyJPJ, pemilik kenderaan persendirian yang merupakan warganegara Malaysia dapat mengakses mod paparan LKM Digital (e-LKM) dan LMM Digital (e-LMM) melalui Portal Awam JPJ atau Aplikasi MyJPJ. Ini membawa kemudahan kepada pengguna di mana mereka tidak perlu lagi membawa lesen fizikal mereka bersama-sama.

Portal ini juga membolehkan pemilik kenderaan melihat maklumat lesen kenderaan motor (Roadtax) mereka tanpa perlu menampal pelekat di kereta mereka. Dengan adanya kewujudan aplikasi ini, tidak perlu lagi menghadapi masalah pelekat yang hilang atau dicuri.

Cara Pendaftaran MyJPJ

Dalam pendaftaran aplikasi ini, terdapat beberapa cara yang boleh digunakan oleh pengguna. Pendaftaran boleh dilakukan menggunakan ID Awam MySikap, iaitu melalui portal awam JPJ atau melalui aplikasi MyJPJ. Dua cara pendaftaran ini disediakan untuk memudahkan pengguna dalam mendaftar dan memilih cara yang paling sesuai dengan keperluan masing-masing.

ID MySikap ini juga boleh diperoleh oleh pengguna melalui kios JPJ berdekatan, kaunter JPJ, atau mana-mana kaunter bergerak JPJ.

Selain itu, anda digalakkan untuk Mendaftarkan akaun secara digital melalui portal awam JPJ di pautan https://public.jpj.gov.my/

See also  Semakan Gelaran Dato

Berikut adalah cara untuk daftar MyJPJ menggunakan ID Awam MySikap bagi eLKM dan eLMM di Portal MyJPJ.

  1. Daftar sebagai pengguna MySikap melalui pautan https://public.jpj.gov.my/
  2. Muat turun aplikasi MyJPJ di peranti pilihan anda
  3. Log masuk ke aplikasi tersebut menggunakan ID MySikap yang telah ditetapkan.
  4. Buat semakan lesen memandu digital dan cukai jalan secara online.

Anda juga boleh download aplikasi MyJPJ di Google Playstore dan Apple App Store

Berikut adalah langkah-langkah pendaftaran ID MySikap menerusi Aplikasi MyJPJ :

  1. Daftar Akaun Baru
  2. Isi No. Kad Pengenalan atau MyPR/MyKAS bagi pemastautin tetap
  3. Seterusnya isi maklumat yang diminta
  4. Isikan jawapan bagi soalan keselamatan
  5. Simpan rekod bagi maklumat yang telah dimasukkan
  6. Tetapkan kata laluan. Selesai.

Perkhidmatan yang disediakan oleh MyJPJ

  • Bidaan nombor kenderaan
  • Semakan nombor terkini
  • Semakan lesen kenderaan
  • Semakan lesen memandu
  • Semakan keputusan Ujian
  • Semakan saman
  • Semakan senarai hitam

Leave a Comment