Cara Daftar Lokasi Di Google Maps

Google Maps adalah satu aplikasi yang perlu anda muat turun di telefon pintar anda kerana kegunaannya yang memberi manfaat dalam kehidupan seharian. Terutama sekali bila anda ingin mencari alamat lokasi tempat dengan mudah.

Jika anda ingin memudahkan pelanggan, klien, atau penyewa mencari lokasi anda, pastikan lokasi tersebut terdaftar di Google Maps.

Lokasi anda di Google Maps memainkan peranan yang amat penting. Ia tidak hanya membolehkan anda berkongsi lokasi dengan orang ramai, malah memberikan kemudahan kepada bakal pelanggan yang mencari lokasi anda tanpa perlu menghubungi anda terlebih dahulu.

Dalam artikel ini, kami akan kongsikan bagaimana cara untuk daftar lokasi anda di Google Maps dengan cara yang paling mudah.

Panduan Memasukkan Lokasi Di Google Maps

Kerana data lokasi dalam Google Maps dan Waze adalah sama, di sini kami ingin memaparkan langkah-langkah bagaimana anda boleh menambahkan lokasi kedai anda ke dalam Google Maps.

  1. Buka Google Maps https://www.google.com/
  2. Anda boleh menaip ‘Add a missing’ dan selepas itu akan muncul pilihan ‘Add a missing place to Google Maps’.
  3. Seterusnya, Sila taip nama kedai atau pejabat anda. Anda perlu mencari nama perniagaan anda terlebih dahulu untuk mengelakkan berlakunya duplicate listing di Google Maps.
  4. Jika tidak ada nama perniagaan anda, anda boleh menekan  “Add a missing place to Google Maps”
  5. Sila masukkan nama, lokasi, dan kategori yang sesuai. Anda juga boleh menambahkan maklumat lain seperti nombor telefon, waktu operasi, laman web, dan gambar
  6. Klik pada butang send
  7. Pilih ‘Submit Anyway’ jika memang tiada listing yang sama. Google nak elak duplicate listing.
  8. Selesai
See also  Permohonan SKIPP Johor 2022 : Skim Bantuan Peralatan Perniagaan

Kelebihan Daftar Lokasi Di Google Maps

Jika anda sering melakukan perjalanan, menggunakan perkhidmatan pengangkutan atas talian, atau sebagai pemilik perniagaan, adalah penting untuk mendaftarkan alamat anda di Google Maps kerana terdapat pelbagai kelebihan yang boleh diperoleh. Apa sahaja kelebihan mendaftarkan alamat di Google Maps? Berikut adalah beberapa kelebihan yang anda akan peroleh:

  1. Memudahkan orang lain menemukan lokasi anda
  2. Menyediakan maklumat yang diperlukan oleh orang lain
  3. Meningkatkan keberkesanan pemasaran dalam talian
  4. Percuma dan tiada bayaran dikenakan

Leave a Comment