Cara Daftar i-Akaun KWSP

i-Akaun telah diperkenalkan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk membolehkan urusan dibuat secara dalam talian oleh ahli dan majikan, tanpa perlu pergi ke pejabat KWSP.

Ahli KWSP disarankan untuk mempunyai i-Akaun untuk mendapatkan pelbagai kemudahan yang disediakan dalam perkhidmatan i-Akaun KWSP. Pengguna yang baru mendaftar perlu pergi ke cawangan KWSP atau Kiosk KWSP yang terdekat untuk mendaftar dan mengemukakan permohonan bagi mengaktifkan i-Akaun. Setelah pendaftaran, i-Akaun perlu diaktifkan dalam tempoh 30 hari.

Apa Itu i-Akaun ?

Sistem aplikasi online i-Akaun digunakan untuk akaun KWSP (EPF) Ahli atau Majikan. Dengan menggunakan akaun ini, Ahli atau Majikan mempunyai akses kepada perkhidmatan dalam talian yang disediakan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). i-Akaun boleh diakses melalui telefon bimbit atau komputer di mana sahaja dengan capaian internet.

Syarat Pendaftaran

Sekiranya anda ingin mendaftar i-Akaun, anda perlu memenuhi kriteria berikut:

  1. Anda merupakan pencarum KWSP
  2. Mempunyai nombor ahli KWSP yang sah
  3. Mempunyai nombor telefon bimbit yang masih aktif untuk menerima kod TAC.
  4. Nombor KWSP yang sah juga perlu dimiliki oleh majikan anda

Cara Mendaftar Dan Aktifkan i-Akaun KWSP Online

Berikut adalah langkah-langkah untuk mendaftar i-Akaun:

1. Pendaftaran i-Akaun Ahli

  • Pergi ke cawangan atau kiosk KWSP yang berdekatan dengan anda
  • Buka laman web https://www.kwsp.gov.my/ 
  • Log masuk menggunakan ID Pengguna kata laluan sementara yang diterima melalui SMS
  • Klik pada pilihan “Pengaktifan i-Akaun”. Dalam tempoh 30 hari untuk mengaktifkan i-Akaun dengan menggunakan kod pengaktifan yang anda perolehi.

2. Pendaftaran i-Akaun Majikan

  • Pergi ke cawangan atau kiosk KWSP yang berdekatan dengan anda
  • Layari laman web rasmi KWSP di https://www.kwsp.gov.my/ 
  • Masukkan ID dan kata laluan sementara untuk log masuk
  • Klik pada pilihan “Pengaktifan i-Akaun” dalam tempoh 30 hari untuk mengaktifkan i-Akaun dengan menggunakan kod pengaktifan dari majikan yang mempunyai nombor akaun KWSP yang sah.
See also  Permohonan imSME 2022 : Platform Rujukan Pembiayaan Pinjaman PKS Malaysia

Untuk pengetahuan anda, nombor telefon yang anda daftarkan dalam sistem KWSP perlu aktif dan boleh dihubungi. Ini kerana kata laluan sementara dan kod TAC akan dihantar ke nombor telefon tersebut. Jika nombor telefon tidak aktif, anda akan menghadapi kesulitan dalam mengaktifkan i-Akaun KWSP.

Leave a Comment