Cara Daftar Bank Islam Online

Pelbagai kelebihan yang ditawarkan melalui perbankan internet yang telah menarik minat pelanggan untuk mendaftar dan menggunakan perkhidmatan perbankan dalam talian.

Dengan adanya perbankan internet ini, pelanggan dapat menjalankan pelbagai aktiviti seperti menyemak baki, memindahkan dana, menambah nilai kredit, termasuk membayar pelbagai bil seperti bil elektrik, telefon, air, insurans, dan juga bil kad kredit. Hal ini dapat memudahkan urusan anda tanpa perlu keluar dari rumah dan pergi ke ATM.

Untuk makluman, perbankan internet iaitu bankislam.biz telah diperkenalkan oleh Bank Islam sebelum ini. Melalui perkhidmatan perbankan internet ini, pelanggan dapat membuat transaksi secara dalam talian. Dalam perkembangan terkini, Bank Islam telah memperkenalkan aplikasi Go by Bank Islam.

Dalam artikel ini, kami akan kongsikan cara untuk anda mendaftar Bank Islam secara online.

Syarat Bank Islam Online

Jika ingin mendaftar akaun perbankan internet Bank Islam, terdapat beberapa syarat yang perlu dipenuhi, iaitu:

  • Mempunyai kad Debit/kad ATM Bank Islam
  • Berumur 18 tahun ke atas
  • Mempunyai nombor pin ATM yang telah diaktifkan
  • jenis akaun adalah individu/perseorangan

Cara Daftar Bank Islam Online

Seperti bank-bank lain, Bank Islam juga menyediakan pelbagai ciri perbankan internet. Dengan adanya ciri ini, anda tidak perlu beratur panjang jika ingin melakukan transaksi seperti pemindahan wang atau memeriksa baki akaun anda.

Berikut adalah cara-cara untuk mendaftar Bank Islam online:

  1. Buka laman web rasmi Bank Islam di https://www.bankislam.biz/
  2. Klik pada FIRST TIME USER
  3. Baca Terms and Conditions dan tandakan pada kotak sekiranya anda bersetuju.
  4. Klik menu ATM/Debit Card
  5. Masukkan 16 digit nombor kad ATM/Debit anda
  6. Pada skrin, anda perlu membuat user, password dan memasukkan butiran lain yang diperlukan
  7. Sahkan maklumat dan klik confirm
  8. Selesai. Anda berjaya daftar Bank Islam internet banking
See also  Harga Roti Gardenia Terkini

Cara Daftar Aplikasi GO by Bank Islam

Untuk mendaftar aplikasi Go by Bank Islam, anda hanya perlu mengikuti langkah-langkah berikut:

  1. Muat turun aplikasi Go Bank Islam
  2. Setelah itu, buka aplikasi Go Bank Islam
  3. Sila masukkan User ID dan Password anda
  4. Masukkan kod OTP/TAC/IAC yang anda terima melalui telefon bimbit anda
  5. Setelah pendaftaran selesai, anda kini boleh log masuk semula menggunakan kata laluan yang telah anda daftarkan

Leave a Comment