Cara Daftar AKPK Online

Bagaimana masalah kewangan seperti bebanan hutang peribadi, hutang kad kredit, dan hutang perumahan boleh diuruskan? Bantuan boleh diperoleh dari AKPK. Anda boleh cuba daftar AKPK.

Untuk anda yang tidak tahu, program ini dapat memberikan bantuan dalam mengatasi masalah hutang yang tidak kunjung selesai. Dengan adanya program ini, kita dapat mengurus hutang dengan berkesan.

Dalam artikel ini, kami akan kongsikan bagaimana cara untuk daftar AKPK secara online. Semoga membantu.

Cara Daftar AKPK

Berikut adalah langkah-langkah dalam mendaftar AKPK secara online.

  1. Buka laman web rasmi https://www.akpk.org.my/home/gateway
  2. Setelah itu, anda masuk ke portal AKPK untuk login sebagai CustomerPartner atau Organisation
  3. Kemudian, pilih Customer login dan tekan link Click here to login
  4. Setelah itu, anda pergi ke bahagian kanan skrin. Di bawah ruang untuk Kata Laluan, tekan pada New User? Register here.
  5. Sila lengkapkan maklumat yang diperlukan seperti:
    • Nombor kad pengenalan, Nama penuh, Jantina, Tarikh lahir, Nombor telefon dan Email
  6. Sila baca Notis Privasi yang ditunjukkan dan tandakan jika anda bersetuju
  7. Klik butang SUBMIT dan pendaftaran anda akan berjaya diproses
  8. Anda akan menerima email daripada AKPK yang mengandungi link untuk mengaktifkan akaun anda. (Dalam email terkandung link untuk mengaktifkan akaun anda serta Login ID/Customer ID)
  9. Klik pada klik dan tekan login akaun AKPK
  10. Klik butang SUBMIT dan sila cipta kata laluan baru
  11. Sila masukkan kata laluan baru dan sahkan semula kata laluan tersebut
  12. Seterusnya, tekan SUBMIT
  13. Selesai

Cara Untuk Login AKPK

Berikut adalah langkah-langkah yang perlu diikuti untuk login pelanggan AKPK:

  1. Layari laman web rasmi AKPK di https://www.akpk.org.my
  2. Pada ruangan User ID, masukkan Login ID yang anda peroleh di emel anda
  3. Pada ruangan Password, sila masukkan password yang anda cipta
  4. Klik butang LOGIN AKPK dan kini anda telah berjaya log masuk ke AKPK
See also  Senarai Cuti Sekolah 2023 (Kalendar Akademik Takwim)

Cara Bayar AKPK Online

Sekiranya anda ingin membuat pembayaran secara dalam talian, berikut adalah cara-cara yang perlu anda ikuti:

  1. Sila log masuk ke akaun AKPK anda
  2. Klik pada DMP Service
  3. klik pada Facility Statement
  4. Fungsi pembayaran melalui FPX bergantung kepada bank yang menyokong sistem ini
  5. Setelah ikuti langkah yang diberikan, sila simpan dan cetak penyata pembayaran sebagai bukti anda
  6. Selesai

Leave a Comment