Cara Buat Temujanji Puspakom Secara Online

PUSPAKOM merupakan agensi yang menyelaras pemeriksaan kenderaan di seluruh Malaysia. Biasanya, apabila anda sering melihat suasana semasa pemeriksaan kenderaan, anda akan dapat memahami kemungkinan kesesakan yang terjadi pada waktu tersebut.

Satu sistem yang dikenali sebagai MyPUSPAKOM telah disediakan oleh PUSPAKOM bermula pada 28 Ogos 2017 dan telah diguna pakai sehingga tahun 2020.

Apa itu MyPUSPAKOM ?

Untuk memberikan kemudahan kepada pelanggan dalam membuat temujanji pemeriksaan kenderaan, PUSPAKOM telah membangunkan sistem MyPUSPAKOM. Sistem ini membolehkan temujanji dan bayaran pemeriksaan kenderaan dilakukan secara dalam talian melalui laman sesawang atau aplikasi mudah alih serta dapat diakses pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.

Cara Daftar Akaun MyPuspakom Dan Temujanji Online

Cara Daftar Akaun

  1. Layari laman sesawang MyPuspakom https://www.mypuspakom.com.my/
  2. Tekan butang DAFTAR MASUK KALI PERTAMA
  3. Kemudian pada paparan Register, anda masukkan:
    • Account Type sama ada Company atau Individual.
  4. Email anda yang sah
  5. Password dan sahkan Password.
  6. Seterusnya adalah Information, masukkan nama dan butiran alamat.
  7. Seterusnya masukkan Required Documents yang diperlukan.(pdf, jpg, png atau bmp)
  8. File yang diperlukan adalah :
    • MyKad pemilik
    • Geran kenderaan.
  9. Tekan butang Register selepas anda selesai muat naik file yang diminta.
  10. Pendaftaran anda selesai.
Cara buat temujanji Puspakom online

Cara Buat Temujanji Online PUSPAKOM

  1. Log Masuk akaun MyPuspakom
  2. Kemudian, pilih temujanji baru
  3. Lengkapkan maklumat kenderaan yang diperlukan
    • Kategori kenderaan
    • Jenis kenderaan
    • Kelas kegunaan dan sebagainya
  4. Seterusnya, pilih Negeri dan tarikh pemeriksaan yang anda inginkan. Kekosongan untuk pemeriksaan kenderaan adalah bergantung kepada situasi dan keadaan semasa.
  5. Jika anda menggunakan perkhidmatan WAKIL, lengkapkan maklumat wakil atau pembawa kereta yang akan hadir
  6. SAHKAN maklumat janji temu anda
  7. SAHKAN jumlah bayaran dan lakukan pembayaran secara dalam talian sama ada menggunakan kad kredit, kad debit atau FPX (perbankan internet)
  8. Setelah selesai pembayaran, anda akan menerima Slip Pengesahan Temujanji. Anda dikehendaki untuk mencetak slip tersebut
See also  Affin Bank Online : Cara Login Dan Daftar Pertama Kali

Apa perlu dilakukan bila sampai PUSPAKOM?

Berikut adalah langkah-langkah yang perlu ada lakukan semasa hadir pemeriksaan.

  1. Untuk memastikan proses pemeriksaan berjalan dengan lancar, disarankan untuk hadir 20 minit sebelum atau tidak melebihi 10 minit daripada masa pemeriksaan yang ditetapkan.
  2. Pandu ke Lorong TEMUJANJI.
  3. Seterusnya, Imbas QR Kod anda di Terminal Pengimbas.
  4. Terus ke Kaunter Pendaftaran dan Lorong Pemeriksaan.
  5. Pemeriksaan anda akan selesai dalam masa 1 jam.

Leave a Comment