Cara Beli Tiket Bas Secara Online

Seperti mana yang kita tahu kita dah boleh beli tiket kapal terbang tanpa perlu pergi ke lapangan terbang, begitu juga dengan cara pembelian tiket bas secara online. Ada banyak cara untuk beli tiket bas secara online di Malaysia yang dapat kita gunakan.

Terdapat kelebihan membeli tiket bas secara online, antaranya:

  • Dapat menjimatkan masa daripada menunggu bas pada waktu yang telah dijadualkan.
  • Dapat mengelakkan dari berbaris panjang, terutama sekali semasa waktu cuti.
  • Kita dapat memilih tempat duduk yang sesuai dengan keselesaan kita sendiri, dan tidak perlu bimbang tentang tempat duduk dalam bas.

Cara Beli Tiket Bas Online

Terdapat beberapa portal utama yang menjual semua jenis perkhidmatan bas ekspres di seluruh Malaysia. Portal berikut boleh anda gunakan untuk membuat tempahan:

RedBus

  • Laman ini menawarkan perkhidmatan pembelian tiket bas express ( online booking ) serta perlindungan insurans perjalanan untuk penumpang.
  • Isi maklumat yang diperlukan penumpang dan penumpang juga dapat menukar jadual perjalanan tiket bas dengan mematuhi terma dan syarat yang telah ditetapkan.
  • Boleh layari laman web RedBus

EasyBook

  • Laman ini menyediakan perkhidmatan tempahan tiket untuk bas, kereta api, feri, sewa kereta dan juga kapal terbang.
  • Sila layari laman EasyBook

Bus Online Ticket

  • Menyediakan perkhidmatan tempahan tiket bas express, KLIA express dan feri.
  • Layari laman Bus Online Ticket

E-Ticketing

  • Laman ini menawarkan perkhidmatan tempahan bas express sahaja.
  • Buka laman web E-Ticketing

Catch That Bus

  • Laman ini menyediakan perkhidmatan tempahan tiket bas di seluruh Malaysia.
  • Anda boleh layari laman web Catch That Bus

Semua portal di atas ini mempunyai laman web yang mudah difahami oleh pengguna untuk membuat pembelian tiket bas secara online.

See also  Rumah Mesra Rakyat SPNB - Program Perumahan Rakyat Terkini

Muat Turun Applikasi Tiket Bas Online

  1. RedBus – Google Playstore / Apple Appstore
  2. Easyboook – Google Playstore / Apple Appstore
  3. Bus Online Ticket – Google Playstore / Apple Appstore
  4. E-Ticketing – Google Playstore / Apple Appstore
  5. Catch That Bus – Google Playstore / Apple Appstore

Kami berharap perkongsian mengenai pembelian tiket bas secara dalam talian ini dapat memberikan manfaat kepada semua orang. Semoga urusan pembelian tiket bas anda menjadi lebih mudah dan anda dapat sampai ke destinasi yang dituju.

Leave a Comment