Cara Bayar Saman DBKL Online

Pada masa kini, segala-galanya menjadi lebih mudah dengan penggunaan internet yang membolehkan transaksi dalam talian, termasuk cara untuk membayar saman Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Kini, anda tidak lagi perlu mengunjungi kaunter cawangan dan berbaris panjang menunggu giliran.

Apabila anda menerima saman dari penguatkuasa DBKL, tentu anda ingin tahu cara pembayaran yang mudah dan pantas. Di sini kami ingin berkongsi cara mudah untuk bayar saman DBKL.

Cara Bayar Saman DBKL Secara Online

Anda mempunyai beberapa pilihan kaedah untuk membuat pembayaran saman DBKL. Antaranya adalah:

1. Guna Aplikasi MOBIS

Bagi menggunakan aplikasi MOBIS (Mobile Integrated Service) ini, anda perlu memuat turun aplikasi tersebut di telefon bimbit anda. Bagi pengguna Android – Play store. Manakala pengguna IOS – Apple Store.

Sebelum anda menggunakan MOBIS, pastikan anda mendaftar atau mengisi maklumat diri terlebih dahulu. Masukkan semua maklumat yang diperlukan seperti Nama, Nombor Kad Pengenalan, dan Alamat Rumah.

Berikut langkah-langkah bayar saman menggunakan aplikasi MOBIS:

  1. Buka aplikasi MOBIS
  2. Klik pada Compounds untuk semak Notis Saman
  3. Masukkan Nombor Pendaftaran Kenderaan (Vehicle Plate Number) dan nombor kad pengenalan (IC)
  4. Klik butang “CHECK”
  5. Anda akan melihat senarai saman di bawah DBKL termasuk jumlah kompaun yang dikenakan
  6. Selepas itu, anda boleh membuat pembayaran dengan mudah menggunakan akaun perbankan dalam talian yang anda miliki

2. Guna Online Banking Maybank2u

Di bawah ini adalah langkah-langkah untuk membayar saman melalui online banking Maybank2u:

  1. Sila layari laman web Maybank2u
  2. Log masuk Maybank2u anda
  3. Klik pada Payment & Transfer, pilih PAY atau JOMPAY
  4. Klik pada New Payment dan masukkan PAYEE iaitu DBKL Kompaun Online
  5. Sila masukkan jumlah amaun saman anda dan lengkapkan semua maklumat yang diperlukan. Kemudian, klik pada pilihan “PAY”. Anda akan diminta untuk memasukkan nombor TAC atau membuat permintaan Secure2U melalui telefon bimbit
  6. Selesai
See also  Semakan Daftar Pemilih Online SPR 2021

3. Guna JomPAY

  1. Buka online banking anda
  2. Kemudian, klik pada JomPAY
  3. Sila masukkan Biller Code DBKL: 30755
  4. Ref-1 iaitu nombor kompaun
  5. Sila masukkan jumlah yang perlu dibayar

Semoga semakan anda berjalan lancar dan anda dapat menyelesaikan saman DBKL dengan segera. Anda dinasihatkan supaya tidak menangguh untuk membayar saman untuk mengelakkan sebarang kesulitan.

Leave a Comment