Cara Bayar Bil Air Sabah

Pada masa kini, anda boleh membayar bil air secara mudah melalui aplikasi Sabah Pay dan Maybank2u secara dalam talian. Tidak perlu lagi pergi ke kaunter untuk membuat pembayaran bil air. Dengan cara ini, lebih menjimatkan masa dan urusan anda.

Di sini, kami akan kongsikan bagaimana cara untuk membuat pembayaran bil air Sabah secara dalam talian dengan menggunakan aplikasi Sabah Pay dan Maybank2u.

Apa Itu Aplikasi Sabah Pay ?

Aplikasi Sabah Pay dibangunkan oleh Perbadanan Pinjaman Sabah (SCC) bekerjasama dengan Boost, Sunline International (Malaysia) Sdn. Bhd., dan Alibaba Cloud Malaysia Sdn. Bhd. Inisiatif Sabah Pay merupakan langkah strategik untuk mendorong digitalisasi ekonomi negeri Sarawak.

Melalui aplikasi ini, anda dapat menyimpan wang dalam bentuk digital melalui e-wallet, buat bayaran, pindahkan duit, terima duit secara digital, dan ada juga ciri pintar seperti bil perpecahan (split bill), minta kawan bayar, tengok sejarah urus niaga, bayar bil utiliti dan banyak lagi.

Cara Bayar Bil Air Sabah Melalui Aplikasi Sabah Pay

Sebelum aplikasi Sabah Pay dapat anda gunakan, anda perlu mendaftar terlebih dahulu. Di bawah ini adalah panduan langkah-langkah untuk mendaftar akaun Sabah Pay dan cara untuk melakukan pembayaran.

Cara Daftar Akaun Sabah Pay

  1. Sila muat turun aplikasi Sabah Pay di https://play.google.com/ (bagi pengguna Android) dan https://apps.apple.com/ (bagi pengguna IOS)
  2. Lepas download, buka aplikasi tersebut dan klik Register
  3. Sila masukkan nombor telefon anda
  4. Lengkapkan maklumat diri anda
  5. Sila masukkan Password yang anda pilih, dan sahkan sekali lagi.
  6. Kemudian, Tick pada Terms & Condition.
  7. Sila masukkan kod yang anda terima dari nombor telefon yang telah anda berikan semasa mengisi butiran tadi.
  8. Proses pendaftaran anda telah selesai.
See also  Permohonan Passport Secara Online

Cara Bayar Guna Sabah Pay

  1. Buka aplikasi Sabah Pay
  2. Masukkan nombor telefon dan password anda untuk log masuk
  3. Pada halaman utama, pergi ke bahagian payment
  4. Sila buat pilihan agensi dan pilih Jabatan Air Negeri Sabah
  5. Anda diberi pilihan sama ada ingin Scan Bar Code atau Masukkan No Akaun
  6. Kemudian, anda akan melihat paparan yang menunjukkan jumlah yang perlu dibayar
  7. Tekan pada butang payment untuk membuat pembayaran
  8. Setelah itu, anda akan diberikan pilihan cara untuk membuat pembayaran. Sila pilih salah satu daripadanya.
  9. Untuk mengesahkan pembayaran, sila klik pada butang “Confirm”
  10. Selesai, anda berjaya membuat pembayaran

Cara Bayar Bil Air Sabah Melalui Maybank2u

Anda juga boleh membuat pembayaran bil air sabah melalui maybank2u. Berikut adalah langkah-langkah untuk membuat pembayaran bil air Sabah melalui Maybank2u:

  1. Layari laman web Maybank2u di https://www.maybank2u.com.my/
  2. Sila masukkan Username dan Password anda dan klik login
  3. Pergi ke bahagian Pay Bills
  4. Pada ruangan Pay To, pilih pada Payee
  5. Seterusnya, pada ruangan yang disediakan. Taip Jabatan Air Sabah
  6. Sila masukkan maklumat seperti Amount dan Account No
  7. Setelah selesai, klik pada pay
  8. Sila teruskan proses hingga pembayaran anda selesai.

Leave a Comment